Saturday, February 2, 2013

Post WING 2013

            Cuti musim sejuk tahun ini dimulakan dengan WING 2013, 3 hari kami bermukhayyam di Balteem, Kafr Sheikh. Ianya adalah sebuah kawasan  pantai. Mukhayyam yang keempat, setelah KISRA 2010 di Nur Bukit Unggul, Malaysia, Mukhayyam Soifi Mesir (MSM) di pantai Jamasoh, Mansurah, dan Winter Gathering (WING) 2012 di Ra'sul Bar, Dumyat. Tak sempat nak lihat peta, dimana letaknya Balteem. Cuma yang diketahui adalah ianya 2 jam dari Tanta, muhafazah yang biasa juga diziarahi oleh kami. Patutlah, anak-anak usrah bersorak gembira, sebab mereka sampai dulu di Balteem, yelah sebabnya Iskandariah bersambung dengan Balteem, mereka kata perjalanan mereka hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja dari Iskandariah. Siap call lagi, kata dah sampai. Maka kami yang bertolak dari Sayyida ini terkulat-kulat menaiki bas selama 4 jam lebih. Bas dari Masjid Salam sendiri sudah bertolak lebih kurang setengah jam lebih awal dari kami. Targetnya, mahu bertolak pukul 8 pagi. Al-maklumlah, ujian-ujiannya banyak, maka tepat pukul 8:52 pagi baru kami bertolak. Alhamdulillah ala kulli hal, tuntutan semua peserta sudah dipenuhi sebelum menaiki bas, ada yang nak beli topup, ada yang nak pujuk kawan pergi mukhayyam, ada yang nak ke tandas, ada yang nak solat dhuha, ada yang nak beli makanan ringan. Macam-macam. Ish, ish.

            Pada mulanya, memikirkan, dalam kedaan tahun enam ini, dengan kekangan masa, adakah mampu untuk buat yang terbaik, untuk mempersembahkan yang terbaik kepada adik-adik, dapat tak capai hadaf yang telah dirancang, adik-adik dapat rasa tak apa yang kita nak tarbiyah mereka. Rasa dalam hati, tak mampu untuk buat sebest yang adik-adik buat tahun lepas, semeriah yang adik-adik dapat buat. Sungguh, rasa tak mampu. Dan memikirkan inilah mukhayyam yang terakhir yang kita buat untuk adik-adik sebelum BFG (back for good). Seolah-olah, inilah khidmat terakhir dari kakak-kakak kepada adik-adik. Mesti kita nak buat yang terbaik. Kalaulah adik-adik tahu perkara ini. Cumanya, Allah adalah penyelemat segala-galanya, Allah lah yang mudahkan segalanya.Yang pastinya, tarbiyah kita selalu mengajar kita untuk sentiasa, dan sentiasa betulkan niat, niatkan yang betul. Itulah kunci bantuan dari Allah pada hambaNya. Hanya mukhlisin yang akan dibantu Allah. Dan yang pastinya juga, seorang mukmin itu perlu merasakan ujian-ujian yang berlaku adalah baik untuknya. Sebagai tapisan, sebagai ujian kekuatan.

            Bermulalah dari pencarian tempat, hinggalah hari akhir mukhayyam, segalanya adalah kuasa Allah. Tempat takde sakhanah, ada yang tiba-tiba ada hal tak dapat jadi ajk, duit tak cukup nak bayar sebab duit scholar tak masuk lagi,  tak tahu siapa yang nak bagi pengisianlah, makanan hari pertama tiba-tiba kuah dia berbuih, projektor hilang masa hari pertama, mikrofon rosak, bilik adik tiba-tiba banjir, bilik takde air, nyamuk banyak, ramai yang cedera masa main war game, semua orang kena puasa online, tiba-tiba kena marah dengan ajk makanan sebab makan tanpa disuruh, tiba-tiba kena marah dengan KK sebab tak ikut tentatif dan betulkan niat, ujian-ujian kesihatan. Semua ini kita lalui bersama sebagai hamba Allah yang sangat tabah. Bagi diri ini merasakan, kita semua sudah besar, sudah semakin sabar, semakin bertambah matang dalam tarbiyah, sudah tidak banyak berkeluh-kesah, kita masing-masing sudah dapat bertajarrud dari duniawi. Kesimpulan yang boleh dibuat. Ya, mungkin sebenarnya, kita mengaku masih belum cukup lagi mujahadah kita, masih belum kuat sabar kita, mehnah yang dilalui tidaklah seberapa. Tetapi ibaratnya, inilah ujian-ujian kecil yang Allah beri supaya kita lebih bersedia untuk hadapi benda yang lebih hebat lagi.

            Walaupun pengisian-pengisian yang diberikan, tidaklah dapat dihabiskan, kerana kekangan waktu dan sebagainya, masih mengharapkan untuk kita semua mengulangkaji semula dan hadamkannya kembali. Kerana itu adalah zat ala tariq ini. Cepatnya hidup mati kita dalam jalan ini, salah satu faktornya adalah zat ala tariq. Awaslah kepada sesiapa yang sedikit bekalannya, dan bersiap sedialah untuk yang banyak bekalannya. Sebab masing-masing sudah tahu, bahawa jalan yang kita hadapi ini bagaimana sifatnya. Ujian-ujian yang Allah beri untuk membersihkan jalan ini supaya ianya hanya dihiasi orang-orang yang tajarrud dan ikhlas.

            Akak rasa, semua sangat berpuas hati untuk war game. Setiap dari antunna perlu menuliskan impian antunna pada satu kertas kecil dan ditampalkan pada lengan sebelah kanan. Setiap ahli kumpulan perlu keluar dari kubu dan perlu mencari klu-klu yang diperlukan oleh setiap kumpulan. Tidak lupa juga, ada bahaya menanti antunna, ajk-ajk yang sangat ganas akan mencabut impian antunna, dan antunna akan mati selepas itu. Pada mulanya, antunna tak melawan sangat, hanya mampu berlari gagah, dari satu blok ke blok bangunan berikutnya, menyelamatkan diri dari terkaman ajk-ajk yang mengganas. Apabila sesi-sesi berikutnya, maka terserlah kekuatan dan ngauman dari antunna. Maka adalah ajk-ajk yang luka di tangan, ada yang dicakar, ada yang hampir menggigit, ada yang dipeluk dari belakang. Untuk menyelamatkan kawan antunna, antunna mengheret kawan yang hampir dicabut nyawanya mendekat kubu, sehinggakan ajk-ajk juga terheret sama ke kubu. Sempat akak bersama dengan orang-orang yang sudah syahid, hanya memerhatikan dari tingkat atas, Hanan kata, "Ni kak kinah punya pasallah ni, jadi PIC, yang rancang semua ini." sambil menunjukkan penumbuknya. Bermacam-macam cara yang akak perhatikan antunna, ada yang bila sudah direntap kertas, terus merebahkan diri ke kanan, mengelakkan dari kertas antunna dicabut. Ada yang sampai koyak sedikit tudungnya. Ada yang menendang-nendang ajk yang memegang antunna. Bermacam-macam cara yang antunna lakukan untuk mengelakkan kertas antunna direntap. Ada yang sembunyikan bawah kolar sweater, ada yang ikat dengan tali name tag, ada yang sembunyikan bawah tudung. Sebenarnya, akak boleh nak jadi orang jahat juga, cumanya tengah pegang DSLR, susah. Tieza siap peluk akak dari belakang semasa akak duduk di bibir kubu antunna. "Tieza saja peluk akak, tak nak bagi akak kejar orang." Yang akak tahu, antunna banyak tulis impian antunna adalah untuk mati syahid. Hehe, tapi bila dah syahid, tak puas hati pula sebab cepat sangat mati, camne tu? Atau pun sebenarnya, kita sendiri sebenarnya belum bersedia untuk mati syahid itu, sebabnya tak sempat lagi berbakti kepada ahli kumpulan, kita dah mati, tak cukup lagi sumbangan kita. Tidak seperti Khalid Al-Walid, dia sangat bersedia untuk mati syahid, setiap kali berperang, dia sangat-sangat menanam harapan untuk itu, tapi masih-masih lagi tak dapat. Berborak dengan ahli Ayyash pagi tadi, Atiqah Hanifah sangatlah tak puas hati dengan ahli kumpulan yang belot. Atiqah kata, mana boleh belot, kan islam tak bagi kita belot, salah kot.  Agaknya, boleh je kalau kita tak ikut arahan tu, tapi yelah, game, kita mesti nak ikut peraturan game.

          Persembahan antunna sangatlah best. Ada yang buat berdasarkan tema, ada yang buat berdasarkan pengisian, ada yang buat berdasarkan nama batallion - As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, As-Syahid Imad Aqal, As-Syahid Salah Syahadah, As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari, As-Syahid Nizar Rayyan, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi, As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, As-Syahid Yahya Ayyash, As-Syahid Said Syiam, As-Syahid Ismail Abu Shanab. Ada yang comel, ada yang sangat menghiris perasaan, ada yang menginsafkan, ada yang lucu, ada yang mendebarkan dan ada yang juga meng'confuse'kan (Yang ada soalan-soalan tu, siapa ikutan kita, apa cita-cita kita, akak ingatkan tu soalan kubur. Bila ditanya tentang apa jemaah kita, so, sangatlah pelik bila antunna kata IKRAM, bukan jawapan dia ISLAM ke?).


           Ada sebuah keluarga yang menjaga kami sepanjang program berlangsung di Hotel Dahab. Ammu Imad, Ummu Syaimaa dan beberapa anak-anak mereka yang sudah meningkat remaja. Ada di antara kami, nampak ammu nangis sebelum bertolak pulang. Bila kami sudah di Cairo, siap call lagi antara-antara kami yang pernah berurusan dengannya, menyatakan kerinduan mereka kepada kami sambil memuji-muji kami. Menjaga kebersihan, beradab. Menyatakan pendirian mereka kalaulah orang Mesir begini, akan amanlah Mesir ini. Sungguh mereka terkesan. Kadang, kita tak perasan, sebenarnya diri kita telah mengesankan orang lain. Baguslah kalau apa yang membekas di hati orang adalah semua yang baik. Lepas ni boleh buat di sana lagi mukhayyam :)

          Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Bumi Balteem ditinggalkan dengan hujan lebat menangisi pemergian kita. Seolah-olah tidak rela membiarkan kita pergi. Seolah-olah, pentas kehidupan daie itu perlu diteruskan. Ya, ianya, perlu diteruskan, ianya perlu diamalkan, bukan hanya sekadar kita mengikut tema program sahaja, tetapi ia sepatutnya, menjadi dorongan hidup kita sepanjang masa. Harapan menggunung tinggi untuk kita semua, semakin bersemangat dan kuat. Dakwah ini bukanlah beban, tetapi ianya adalah kerana cinta, cinta yang tulus ikhlas kerana Allah semata-mata. Tanggungjawab semakin banyak, tidak padan dengan masa yang ada. Sabar dalam kepenatan, redha dalam ujian, sihatkan tubuh badan, cerdaskan minda dan pemikiran, kuat dan kuatlah. Kerana redha Allah itu bersama dengan orang yang ikhlas.Yakin dan percaya. Wallahua'lam.


Tuesday, January 8, 2013

Bakal merindui..T_T (2)

"Dulu, masa mula-mula sampai di sini, dah set mind akan habis medic masa umur 24 tahun, tak sangka sekarang kita dah dekat sangat dengan umur 24 tahun tu," ujar Aimi. "Yelah, sebabnya, masa fly sini, umur baru berbelas-belas tahun, cepatnya masa," Aimi menambah. Perbualan kami di tengah-tengah 'Surgery lecture' , sambil-sambil menunggu doktor 'set up' video pembedahan membuang pheochromocytoma.

Tempoh hari juga, mengikut ustazah dan makcik, menziarahi makcik yang baru bermastautin di Kaherah. Antara perkara yang diborakkan, tentang penyesuaian diri di sini. Cuacanya, bahasanya, orang-orangnya, kebersihannya, rumahnya. Biasalah, adat mendatang negara orang, lama masa yang diperlukan untuk menerima keadaan sekeliling. 

Masih teringat, dulu-dulu, duduk di Masakin Fustat. Kamilah batch pertama tinggal di sana. Sebelum ini, tidak pernah ada orang lain tinggal di sana. Kami adalah batch kedua teramai yang JPA hantar di Mesir. Masa itu, susah, duit sewa rumah tinggi. Kemudiannya, sangat jauh dari universiti. Lebih kurang sejam dari rumah. Perlu naik 2 'transport' untuk ke universiti. Ada 2 kawasan perumahan, fasa 1 dan fasa 2. Hanya ada 3 buah rumah sahaja di Fasa 2, dan salah satunya adalah rumahku. Baki yang lain ditempatkan di fasa 1. Hanya 5-10 minit memisahkan jarak antara keduanya. Pada awalnya, kami semua dihantar ke universiti dengan menyewa sebuah bas. Maka bergilirlah antara ikhwah dan akhawat. Minggu ini, pakcik bas akan ambil ikhwah dulu, akhawat kemudian. Minggu depan akhawat pula yang mula-mula, barulah ambil ikhwah pula kemudiannya. Kemudian, dek kerana tak cukup duit, maka kami berpakat untuk tidak lagi menyewa bas. Masing-masing ke universiti sendiri-sendiri.

Rata-rata, kelas kami bermula seawal jam 8 pagi sampailah 4 petang. Sungguh lama masa yang diambil. Lebih kurang 8 jam sehari di universiti. Yelah, rumah jauh, tak boleh nak tidur kejap, atau nak pergi 'toilet', atau nak makan dulu di rumah. Biasanya, akan menumpang kasih kakak-kakak senior tahun dua ketika itu. Beit Kasr El-Mawaddah, rumah kak Insyirah, kak Biha, kak Atim, kak Yana (siapa lagi seorang, tak ingat, maaf....)  Kak Cuna, Kak Dayah. Jazakunnallahu khairan kathira. Kini, kakak-kakak ini sedang berjuang dalam peperiksaan akhir mereka, sebelum bergelar doktor. Kakak senior SMAPL, kak Paan yang jadi shaah sister untuk rumah kami, tolong temankan beli barang-barang plastik, cool sangat tolong cakapkan dalam bahasa arab, tolong cakapkan untuk kurangkan harga. Melihat kakak-kakak ini, hebatnya mereka! Terutamanya untuk berbahasa arab tu. 

Bagiku, sebulan untuk aku menerima situasi yang baru ini. Sedih sebulan. Sedih melihat orang-orangnya, yang agak kasar, sedih melihat sampah-sarap di sana sini, sedih sebab kelas jauh, sedih sebab pertama kali rasa musim sejuk (tak tahan sejuk). Dikala, kesedihan-kesedihan ini muncul, maka adanya satu benda yang bernama tarbiyah muncul di antaranya. Memberikan kita kekuatan dan semangat untuk terus kuat di bumi orang. Dalam keadaan untuk mengubati kesedihan-kesedihan yang ada, dan menerima kesibukan kuliah perubatan, boleh pula cuba-cuba DF kawan-kawan, bawa usrah mereka, ajak mereka sekali dalam tarbiyah. HOHO. Sumber kekuatan yang diperoleh hanyalah dari yang Maha Berkuasa. Subhanallah. 

Bila perwatakan di sekolah adalah seorang yang tidak bercampur dengan orang, maka di sinilah aku mulai mengenal apa erti berkawan. Maka, adalah hati-hati yang terluka, disebabkan diri ini tak pandai mengambil hati dan bergaul. Maaf ya, ahli beit, Heno, Dayah, Huda, Maryam dan Nunu. Tetapi, kerana tarbiyah itu menjadi daya penolak, maka kita belajar juga untuk bergaul dengan manusia, mengenal hati budi orang sekeliling. 

Di tahun pertama, walaupun tidaklah banyak, tetapi tarbiyah telah mendidikku untuk menjadi manusia yang lebih baik, ada hadaf dan ghayah hidup. Teruskan berjalan tanpa henti di bumi asing ini. Orang-orang Arab yang aku jumpa, kadang-kadang ada bertanya, di Malaysia tiada kuliah perubatankah? Tapi, jawapan yang  mudah adalah 'ashan minhah min hukumah'. Sungguh, kalaulah datang ke Mesir hanya mahu belajar ilmu perubatan sahaja, baik balik Malaysia, tak perlu datang jauh-jauh untuk belajar di sini. Maryam pernah memberikan semangat, kalau boleh, lepas kita habis tahun pertama ini, kita balik Malaysia, kita menjadi orang yang baru. Mak ayah rasa lain, kita bukan lagi anaknya yang malas, kita bukan lagi anaknya yang suka menjawab, kita adalah orang yang baru. Kerana sebuah tarbiyah yang mengajar diri. Itu baru Maryam kata, selepas tahun pertama, kalau selepas tahun enam ini...??? Sepatutnya, perlu menjadi lebih baik, lebih solehah, lebih banyak lagi perubahan yang berlaku. 


Tarbiyah, satu entiti yang sangat mahal harganya. Dan itu yang aku jumpa di sini. Di samping belajar perubatan yang kukira susah ini. Menjadi daya penolak untuk berjalan, malah berlari dan terus berlari. Kerana kehidupanku, tidak akan terhenti selepas habis tahun enam ini. Dan selepas ini tangga-tangga akan dinaiki. Semakin banyak yang akan dilalui. Terus membina hadaf-hadaf yang membantu untuk mencapai ghayah. 

Jalan-jalan yang aku lalui tiap-tiap hari mungkin pernah dilalui Nabi Yusof A.S. Mungkin pernah dilalui Nabi Musa A.S. Orang-orang hebat di zaman silam, hasil tarbiyah Allah di bumi barakah ini. Dan barakah ini sentiasa menyinari hinggalah kini, walaupun di mata kasarnya hanyalah longgokan sampah, dan debu pasir yang menyakitkan. Tetapi di sebaliknya, ada ayat-ayat Allah yang mengesankan hati. Siapa sahaja yang tulus ikhlas, melaksanakan apa sahaja, untuk meraih redhaNya. 

Allah, mudahkanlah, semuanya. Jangan pernah tinggalkan aku untuk hadapi segala yang Engkau telah tetapkan untukku. Kerana hidayahMu sentiasa menjadi penunjuk arahku.  






Saturday, December 1, 2012

Adik, hidup kita ada tujuan kan?

               Sungguh, kalaulah diberi peluang, ingin berehat sahaja daripada memikirkan tentang dakwah dan tarbiyyah, daripada memikirkan betapa susahnya belajar perubatan, daripada memikirkan anak-anak usrah yang semakin membesar dan perlukan bantuan, daripada memikirkan tanggungjawab dan segala taklifat. Sungguh, kalaulah diberi peluang itu, kehidupan ini akan menjadi amat mengujakan. Masakan tidak, setiap hari bangun pagi, tidak perlu berkejar-kejaran 7 pagi ke sekolah, tak payah bangun pun siapa yang akan kisah. Makan dan minum bila-bila pun boleh, tak payah makan langsung pun bagus juga. Tak perlu membaca buku perubatan, tak perlu membaca buku thaqafah dakwah dan tarbiyyah, tak payah membaca surat khabar, bahkan tak payah membaca Al-Quran pun boleh. Tak payah bersesak-sesak membeli tiket keretapi untuk berjumpa dengan adik-adik, penuhkan malam dengan tidur dan dengkur, memahirkan seni menguap dan mengantuk. Boleh bermain facebook lama-lama sambil meng'upload' gambar-gambar yang cantik dan 'handsome' untuk menjadi tatapan kawan-kawan tersayang. Tak perlu itu dan tak perlu ini. Sungguh, ianya sangat mengujakan. Tiada tanggungjawab yang ditaklifkan, seolah-olah dunia ini dia yang punya.



                 Masih teringat semasa belajar 'short story' The Lotus Eater semasa di sekolah menengah dulu. Encik Wilson, berumur 40 tahun, yang bekerja sebagai pekerja bank. Bekerja sungguh-sungguh, mengumpul duit. Tiba-tiba, dia berhenti kerja, membeli 'annuity' (sejenis insurans polisi), yang akan membekalkan wang kepadanya selama setahun secara berterusan, menjual segala aset yang dimiliki, semata-mata untuk menghabiskan sisa hidupnya di Pulau Capri yang telah menjadi idamannya. Menyaksikan keindahan matahari, laut dan bulan di Pulau Capri. Tinggal di 'cottage', dan mengupah Assunta, 'landlady', untuk membersihkan 'cottage', membasuh baju dan memasak untuknya. Hari-harinya ditemani dengan piano, cards dan buku. Malangnya, dia hanya membeli 'annuity' itu untuk 20 tahun, sehingga dirinya berumur 60 tahun. Dan kemudian, setelah umur itu, dia tidak akan dibekalkan dengan wang lagi. Sehingga umurnya mencecah 60 tahun, dia sudah kehabisan duit. Sehinggalah dia cuba untuk bunuh diri, tetapi tidak berjaya, dan akhirnya, dia menjadi gila. Itulah kehidupan Encik Wilson.

                Masih teringat sajak William Butler Yeats yang bertajuk The Lake Isle of Innisfree.


I will arise and go now, and go to Innisfree,
And a small cabin build there, of clay and wattles made:
Nine bean-rows will I have there, a hive for the honey-bee;
And live alone in the bee-loud glade.

And I shall have some peace there, for peace comes dropping slow,
Dropping from the veils of the morning to where the cricket sings;
There midnight's all a glimmer, and noon a purple glow,
And evening full of the linnet's wings.

I will arise and go now, for always night and day
I hear lake water lapping with low sounds by the shore;
While I stand on the roadway, or on the pavements grey,
I hear it in the deep heart's core.



Oh, aku memang suka berangan. Menarik sungguh kehidupan yang digambarkan dalam kedua buah sajak dan cerita ini. Kehidupan yang tidak ada tanggungjawab.

                Yang pastinya, wujudnya kita di dunia ini, ada tujuannya, ada tanggungjawab yang Allah berikan, ada amanah berat yang Allah galaskan di bahu kita semua. Khalifah (2:30) dan hamba (51:56) itu adalah amanah Allah kepada kita, yang perlu sentiasa diingatkan. Sepenat mana pun, sesusah mana pun, sesakit mana pun, sebanyak mana pun taklifat, dua tanggungjawab ini yang perlu kita selalu ingatkan pada diri. Jangan pernah lari daripada dua tujuan ini. Wujudnya kita di dunia ini adalah kerana dua benda ini. Selagi kita tidak melaksanakan dengan sebaiknya, maka kita ini tidak layak berada di bumi. Tidak ada membawa apa-apa kebaikan kepada dunia langsung, adalah lebih baik menjadi bahan lebihan dunia layaknya.

                Moga Allah sentiasa memberikan kekuatan dalam setiap yang dilakukan, amiin.






                 

Sunday, November 18, 2012

Boikot! Jangan tak boikot!

           Dek kerana serangan Israel ke atas Gaza yang berlaku sekarang, aku tak menafikan sangat teruk barang-barang yang wajib diboikot dihentam teruk dalam facebook terutamanya McD. Dimana-mana sahaja, sesiapa sahaja akan mengeluarkan statement, 'Jangan makan McD, sebenarnya makan McD tu kau makan daging saudara kamu sendiri' , 'Kalau kau nak berdosa, makanlah McD' dan lain-lain. (sebenarnya takdelah ekstrim sebegini). Aku sendiri bukanlah peminat McD. Biasanya, keluargaku, kalau nak makan fast food tu, biasanya ke KFC sahaja. Jadi, bagiku dan keluarga sendiri, tidak ada masalah sangat untuk tidak makan McD dan sekaligus boleh boikot terus. Begitu juga dengan Coca Cola. Macam buat sakit perut sahaja minum Coca Cola, disamping kandungan gulanya yang sangat tinggi.

         
           Keluaragku juga tidak boleh tinggal untuk membeli Milo dan juga Nestum. Itu semua keluaran syarikat Nestle. Tapi kadang, kalau aku dapat mengingatkan, aku akan beli Vico sebagai ganti Milo. Aku sendiri yang akan ambil Vico dari rak, dan masukkan dalam bakul atau troli.

         
          Aku tak menafikan bahawa sebenarnya, agak sukar untuk membuang kebiasaan. Kalau bagi keluarga Milo dan Nestum sudah menjadi kebiasaan. Tapi, aku juga berusaha sedaya upaya untuk menerangkan kepada keluarga dan orang-orang terdekat kita, tentang betapa pentingnya boikot ini. Sebenarnya, kita bukanlah mati pun kalau tak guna barang-barang boikot ini. Dan kita masih ada alternatif lain, seperti Vico tadi. Walaupun mungkin juga kita akan komen rasa dan kualitinya tidak sesedap mana seperti produk-produk boikot.

       
         Kakak pernah berkongsi, boikot ini tidaklah seberapa sangat kalau kita seorang sahaja yang tak beli produknya. Ya betul, setuju. Tetapi misalnya, syarikat Coca Cola, dia target sebulan, 1000 tin Coca Cola habis terjual, tetapi misalnya, jika kita seorang tidak membeli, maka target dia tidak mencukupi iaitu hanya 999 sahaja yang terjual. Tidak mencapai target. Kan bagus tu?

       
         Tetapi, itulah masalahnya, jika kita masih tidak sedar akan kepentingan boikot ini, akan ada orang sahaja orang lain yang akan menggantikan kita, mencukupkan keuntungan 1000 tin Coca Cola setiap bulan.

         Apa yang perlu kita laksanakan adalah ayat Quran yang ini:

"Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka"....(ila akhir ayat) (48:29)

        Orang-orang kafir yang dimaksudkan di dalam ayat di atas, ialah orang kafir yang memerangi islam, yang menghalang jalan islam, yang sangat bencikan islam. Daripada ayat ini, jelas menerangkan apa peranan orang islam yang sebenarnya. Dia perlu tahu, siapa musuh dan siapa kawan yang sebenarnya. Bila mana demikian, maka kita perlu lihat semula, apakah reaksi kita tentang boikot ini. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan barang-barang ini sah-sah menyumbangkan wang mereka kepada Israel, dan Israel pula mereka menggunakan wang ini untuk membeli senjata-senjata dan menyerang Palestin. Kalau kita melihat, kita ini lebih suka berbuat baik kepada orang kafir, berbanding berbuat baik dengan sesama muslim. Rasanya, di antara kita semua boleh mengagak siapa yang berhubungan baik dengan musuh yang sebenarnya dan siapa yang berbuat baik sesama muslim.


        Kalau betullah kita ini mengikut Rasulullah SAW, bersama Rasulullah SAW, maka inilah sikap yang kita perlu ambil. Bertegas dengan diri bahawa kita perlu bersikap keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama muslim. Mudah-mudahan, langkah yang kita pilih ini, Allah beri ganjaran yang terbaik. Walaupun kita melihat usaha yang dilakukan adalah sedikit, ingatlah bahawa Allah tahu setiap niat dan tujuan kita. Maka berusahalah dan boikotlah barangan Israel!






Ulasan daripada pengerusi Aqsa Syarif Malaysia: 

 Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun seti
ap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). 


Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.





Friday, October 19, 2012

Ghurbah Thaniah (Dagang untuk kali kedua)

             Dagang, bermaksud asing. Sepertimana orang-orang yang berdagang, apabila mereka berdagang di
mana-mana pelabuhan, tidak ramai yang mengenali mereka.Mereka itu orang asing yang datang berjual-beli.
Bila mana, orang tidak kenal dengan mereka, jadi, orang tidak dapat menerima apa-apa juga perlakuan
mereka, apa yang mereka amalkan dalam kehidupan mereka tidak dapat diterima, sungguh asing, aneh, dan
pelik! Mereka akan mengalami masalah, disebabkan oleh kepelikan mereka, kerana mereka ini bercanggah
dengan norma kehidupan orang lain. Air di bukit, mengalir dari hulu ke hilir, dari tempat tinggi ke tempat yang
lebih rendah, dagang ini sepertinya air yang mengalir itu dari hilir ke hulu dan dari tempat rendah ke tempat
yang tinggi, sungguh aneh bukan!

              Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (Hadis riwayat Muslim)

               Mengapa ghurbah thaniah (Keadaan yang asing kali kedua)? Kerana, ghurbah yang pertama 
adalah semasa Rasulullah S.A.W. memperkenalkan islam kepada manusia. Ketika itulah ghurbah yang 
pertama. Penentangan yang jelas daripada orang-orang yang telah lama mengamalkan agama nenek moyang mereka. Sungguh jelas kepelikan islam ini, tiba-tiba muncul begitu sahaja, setelah berkurun mereka 
mengamalkan ajaran suci nenek moyang mereka. Ya, dan di ketika itu juga Rasulullah S.A.W. dan para 
sahabat mempertahankan islam yang asing ini, sehinggalah graf islam naik dan semakin naik, sehinggalah 
islam mencapai tahap ustaziyatul alam, iaitu ketika, islam menjadi 'world order'. Manusia bukan arab 
memakai jubah, bahasa dunia ketika itu adalah bahasa arab, apa sahaja yang dilakukan oleh dunia islam itu 
menjadi taklid dan ditiru oleh semua. Keadaan islam yang diterima dan disanjungi oleh seluruh manusia ini 
tidaklah bertahan lama. Dek kerana kelalaian kita juga, sehingga akhirnya islam kembali menjadi dagang 
semula, hingga ke hari ini, graf ini tidak naik-naik lagi. Malah semakin turun dan turun. 

              Membayangkan Rasulullah S.A.W., para sahabat, para tabiin, para tabi' tabiin, iman-iman mereka 

di ketika itu sungguh kental dan kuat, berusaha sedaya upaya untuk meletakkan islam tidak lagi menjadi 
ghuraba'. Tetapi ia tidak bertahan lama. Dan bagaimana pula dengan iman umat islam yang ada kini, iman 
seperti buih-buih di lautan, hanya mengikut dan menurut angin, ke mana sahaja ia bertiup, belum lagi sampai 
ke tempat yang dituju, pecah, tidak tahan lama. Ghurbah thaniah ini sungguh meletihkan dan melambatkan, 
kerana iman kita tidak seperti iman-iman As-Sabiquun Al-Awwalun ( golongan yang terdahulu dari mereka). 
Apakah kita mampu untuk sekurang-kurangnya untuk bertahan lama? Sifat kita seolah-olah seperti tidak 
dapat untuk menaikkan graf ini kembali. Kerana disebabkan iman kita yang tidak sama seperti mereka.






             Umat islam ini sungguh baik. Di zaman ini, kita lebih banyak mendengar, orang bukan islam di 
negara islam tidak ada apa- apa yang mehnah yang mereka hadapi. Mereka bergembira dan seronok di 
negara islam. Jika kita melihat pula, kelompok Rohingya yang majoritinya islam yang hidup sebagai minoriti di 
Myanmar, sungguh menyedihkan. Jika kita melihat pula, orang-orang islam di France yang dihalang untuk 
memakai tudung dan mempamerkan islam di jalanan, ianya sungguh mengecewakan. Ya, islam itu baik, dan 
mengajarkan semua penganutnya untuk berbuat baik, tetapi baiknya kita tidak diterima, malah dihina dan 
dicerca. 

             Semasa zaman Uthmaniyyah, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid, khalifah membenarkan 

orang Yahudi untuk menetap di negara kerajaan Uthmaniyyah, yang telah dihalau dari negara-negara Eropah 
apabila mereka membuat konspirasi untuk membunuh Alexander II pada tahun 1912. Baik sungguh kita 
kan? sehinggalah, mereka ini, tidak tahu malu, menumpang di negara orang, ada hati mahu mengambil 
Palestin pula. 




            Hakikatnya, semua umat islam kini, memang sudah tidur, dan kemudiannya dibius ubat tidur lagi, 
supaya semakin nyenyak tidurnya. Kita yang memahami perlu berkerja keras lebih untuk menyedarkan 
semua. Supaya kita sedar bahawa ghurbah thaniah ini sudah lama melanda dan semakin parah kerana ianya 
dibiarkan begitu sahaja. Sungguh, ghurbah ini hanya dapat dibinasakan dengan tarbiyah dan dakwah. Hanya 
ini sahaja cara untuk membangunkan manusia semula. Jangan buang masa kita lagi, carilah tarbiyah di 
sekeliling kita, carilah orang-oarang soleh di sekeliling kita, belajarlah tentang islam yang sebenar-benarnya, 
iaitu islam, iman yang menggerakkan jiwa dan hati, bukan hanya memberatkan dan menggemukkan otak 
sahaja. Maka para daie juga, dekatilah orang-orang yang memerlukan di sekelilingmu dan bantulah mereka 
sedaya yang mampu. Moga kesedihan ghurbah thaniah ini, akan dapat dihindar dan dilupuskan dalam sedikit 
masa lagi, insyaAllah. Wallahu'alam. 

             




Saturday, October 6, 2012

5 sebelum 5


Sebenarnya, bila mana kamu memilih jalan dakwah ini, kamu tidak dapat lari lagi, untuk tidak

melibatkan diri di dalamnya. Bila mana kamu memilih untuk menyertai, maka segala macam alasan

yang diberi tidak akan dilayan dan tidak valid. Semakin lama kamu di dalamnya, sepatutnya kamu

lebih matang dan semakin pandai menepis segala alasan diri untuk tidak memberikan sepenuh

komitmen dalam jalan ini. Walaupun dalam keadaan final year sekalipun, ya, tidak menafikan bahawa

itu adalah tahun kritikal bagi kamu. Namun hakikatnya,  bila mana kamu berjanji untuk berada di

dalamnya, maka setiap masa dan ketika, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan duka atau

gembira, kamu mewakafkan diri sepenuhnya, sehabis kudrat tenaga. Sampai mati dan sampai kamu

bertemu dengan Allah yang Esa, sampai syurga menyambutmu dan sampai Allah meredhaimu.

Aku tidak menghalang untuk kamu berfikir lebih mengenai studymu, pelajaranmu, tetapi yang

pastinya masa untuk dakwah itu perlu diperuntukkan juga. Bukan tidak ada langsung dalam

kalendarmu atau dalam jadual hidupmu.Dan aku bukan bercakap begini kerana aku sangat pandai,

sangat genius, tidak perlu sangat memikirkan pelajaranku. Maaflah, kerana aku bukan begitu. Kerana

aku juga manusia biasa, tidaklah secara automatik dapat menyerap semua yang diajarkan oleh guru

dan pensyarah. Dan aku juga perlu mujahadah untuk belajar juga, kerana kini, aku sudah merasakan

betapa nikmatnya full time dakwah. Aku tahu yang aku perlu study smart supaya aku juga tidak

ketinggalan dalam pelajaran disamping memajukan diri dalam dakwah. Kerana aku merasakan mati itu

bila-bila masa, jadi aku takut tak sempat, tak sempat untuk menyumbang apa-apa dalam dakwah, jika

aku masih lagi memberi alasan, masih lagi menangguhkan kerja, masih lagi malas berfikir dan

merancang. Masa semakin mencemburui kamu. Dan bila sakit datang menimpa, maka tempanglah

langkahmu. Bila masa sakit, bila masa sempit, mulalah berfikir bermacam-macam perkara yang mahu

dibuat. Hai, masa sihat, masa hidup, masa waktu lapang, tidak mahu buat pula ya. Jangan sampai

begitu, hargailah masa muda kamu, masa lapang kamu, kerahkanlah sepenuh tenaga kamu, yang

semampu kamu, supaya di masa sempit kamu, masa tua kamu, ada berkah dan redha Tuhan

menyinggah, kerana kamu telah melazimi dakwah ini di masa mudamu. Jangan sampai bila sudah

tidak ada masa lagi untuk kamu. Kamu akan menyesal di ketika itu. Niatlah yang baik untuk Tuhan

kamu, jangan sesekali mensyirikkan dia dengan yang lain. Moga Dia selalu membantu kamu. Amiin.




Saturday, September 15, 2012

Dia sudah mahu kahwin...

            Di sekolah dulu, kami tak rapat. Sungguh tak rapat. Aku dengan duniaku dan dia dengan dunia dia. Timeline kami bertembung hanya kerana ada beberapa tahun kami sekelas, masa tingkatan 2, tingkatan 3, dan tingkatan 4. Bagiku, dia seorang yang bagus, aktif dalam debat, aktif dalam kawad rumah Uthman (Rumah Merah), hebat dalam speaking, jenis yang out spoken, aktif bersukan, hebat merentas desa. Nak katanya baguslah berbanding diriku yang biasa-biasa sahaja. Ada ke takde dalam kelas tu, buat tak endah sahaja. Begitulah aku dan A.

             Sekali, Allah takdirkan aku dan A ke tempat yang sama setelah habis sekolah menengah iaitu Mesir. Dan pada masa itulah, aku baru mengenali dirinya dengan lebih baik. Ini kerana suatu perkataan yang bernama tarbiyah. Kami tahu, di sekolah dulu ada usrah, ada ceramah, ada benda-benda baik ni di sekolah dulu. Aku dapat menerima ini semua alhamdulillah. Mungkin juga disebabkan oleh ibu dan abah yang selalu mendoakan diriku menjadi anak yang solehah. Tetapi bila kami berjumpa dengan tarbiyah ini, ianya sangat lain dari yang lain. Betapa Maha Besar Kuasa Allah, kerana tarbiyah ini, kami yang sebelum ini tidak bertegur sapa, menjadi sangat erat. Sungguh, betapa tarbiyah ini mengikat aku dan A, berganding bahu bersama, untuk menjalankan dakwah dan tarbiyah ini. Sungguh, kemanisan ukhuwah ini anugerah dari Allah yang teramat mahal buatku dan dia.

             Semasa kami di tahun 4, kami serumah berdua. Kerana kami ditugaskan untuk menjaga rumah program. Maka di situlah aku study si A ni macam mana. A ada cerita tentang aku serumah dengannya pada kawan-kawan sekolah dulu, respon yang diperolehi adalah mereka tidak percaya. Sungguh, kawan-kawan, bahawa tarbiyah ini mengenalkan aku pada seorang ukhti yang baik akhlaknya, sweet orangnya, yang sentiasa semangat jiwanya, yang sentiasa cekal hatinya. Sungguh, dia adalah harta yang tidak ternilai bagiku.

            Beberapa detik lagi, dia akan berbaitul dakwah. Mudah-mudahan Allah sentiasa meredhai mereka berdua. Kurniakanlah mereka sakinah, mawaddah dan rahmatMu sentiasa. Moga ianya menjadi baitul dakwah qudwah. Aamin.

             Terima kasih Ayu Amiza Abdul Malik, kerana hadir dalam hidupku, terima kasih ya Allah, kerana menghadiahkan dia kepadaku, sahabat dunia akhirat, kita sama-sama berlari ke syurga ya!

Syubhah-syubhah dalam dakwah

               Cikgu Noraishah Baharin, makcik IKRAM di Banting, menjemput aku untuk berbuka 

puasa bersama-sama dengan anak-anak didiknya semasa cuti musim panas baru-baru ini. 

Kesemua mereka menuntut di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar 

Banting. Petang itu, ibu menghantarku ke sekolah itu. Aku ingatkan kedudukan sekolah itu 

bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, di Telok Datok, sebuah 

kawasan di daerah Banting, Selangor. Tetapi rupanya aku sudah tersilap, sekolah yang 

bersebelahan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. Bergurau-gurau dengan ibu 

sambil dia memandu kereta, " Betul ke bu, ni tempatnya?", tanya aku. " Betullah ni kalau yang 

diberi tahu adalah SMKBB, kalau yang di Telok Datok tu SMKB, jawab ibu sabar dengan 

karenahku. 

                Apabila sampai di perkarangan sekolah, terus mencari di mana surau sekolah. Dari 

jauh kelihatan beberapa orang pelajar perempuan berkumpul di bahagian luar surau. Di 

belakangku, ada seorang pelajar perempuan yang mengikuti langkahku, aku menyapanya 

dengan pertanyaan, "Adik nak pergi situ juga ke? Cikgu Aishah ada ajak adik?", tanya aku, 

dan dia menjawab ya, dan mengajakku bersamanya. Itulah pertemuan pertama bersama adik 

Afiqah Aqilah. Sampai di surau, terus bersalam dengan mereka, sambil bertanyakan nama 

semua yang hadir. Ada Izzati, ada Hajar, ada Hidayah, ada Aisyah, ada Izyan, ada Ain, ada 

Afiqah Syazwani dan ramai lagi. Jumlah adik-adik yang hadir lebih kurang 10 orang pelajar 

perempuan dan 6 orang pelajar lelaki. Anak-anak Cikgu Aishah juga hadir bersama, dan salah 

seorang yang aku kenal ialah Syahirah. Kami sama-sama belajar di Kaherah, Mesir, dalam 

jurusan perubatan, dan pernah berjumpa buat pertama kalinya semasa usrah di Banting. 

Suaminya juga turut serta dan menyantuni para pelajar lelaki. Pertemuan kami dimulakan 

dengan sedikit ucapan dari Cikgu Aishah sendiri. Kemudian, masing-masing 

memperkenalkan diri. Setelah taaruf, aku berkongsi apa yang aku alami, bagaimana pada 

mulanya aku dapat menyertai tarbiyah, bagaimana kehidupan di Kaherah. Dan yang paling aku 

kesani, adik-adik ini, pernah menyertai program Keindahan BersamaMu (KBM), dan mereka 

telah menjumpai tarbiyah ini pada usia yang lebih muda dariku, dan mereka perlu bersyukur 

kerananya. Betapa Allah sungguh baik, masih memberikan lagi aku peluang untuk menyertai 

tarbiyah ini walaupun ku rasakan sebenarnya sudah agak lambat (semasa di universiti). 

              Setelah itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, aku mengetuai satu kumpulan dan 

anak Cikgu Aishah yang sulung (aku tak ingat namanya), mengetuai satu kumpulan yang lain. 

Dalam kumpulan, kami sama-sama mengkhatamkan juzuk 20 dan juzuk 21. Teruja melihat 

adik-adik sungguh semangat dalam sesi tadabbur ayat. Ada yang banyak bercakap, ada yang 

banyak soalan, ada yang tak bercakap, ada yang disuruh bercakap baru bercakap. Sungguh, 

aku mengimbau kembali saat-saat aku mengenali tarbiyah ini. Mula-mula, macam tak 

semangat, ada masa lain pula, semangat untuk berkongsi ayat kegemaran. Sungguh, ia 

mengajarku supaya lebih banyak mensyukuri nikmatMu ya Allah. Perbincangan kami melewati 

waktu azan maghrib, sehingga kami hampir terlupa waktu berbuka puasa. Kemudiannya, kami 

semua berkumpul kembali mengelilingi kuih-muih dan tamar sambil bercerita lagi. Kemudian, 

ambil wudhu dan sama-sama menunaikan solat maghrib. 

              Kemudian, kami menuju ke kantin untuk santapan malam. Sambil menunggu makanan 

disediakan, aku mengambil peluang untuk bertaaruf dengan lebih mendalam lagi, dan meminta 

mereka untuk menulis butiran peribadi mereka dalam buku kecilku. Sungguh indahnya 

tarbiyah, dengannya, kita dapat mengenali ramai manusia yang seperti juga, inginkan islam, 

inginkan kebaikan. Kita tidak merasa asing kerana di belakang kita ramai yang menyokong 

kita, membantu kita. Halawatul iman dan ukhuwah. Pertemuan kami berakhir setelah makan 

malam, kerana masing-masing bergegas untuk menyertai solat terawih di masjid. 

Alhamdulillah sungguh, pengalaman ini sangat berharga bagiku, kerana aku belum pernah 

berjumpa dengan adik-adik yang berada di sekolah menengah yang telah mendapat tarbiyah 

yang sama denganku. Sungguh, jalan dakwah ini, mengikat kita, bukan hanya pelajar di 

universiti, malah semua peringkat umur. 

              Alhamdulillah, aku dan adik-adik ini masih berpeluang untuk berjumpa buat kali kedua 

sebelum aku pulang ke Mesir. Kami bertadabbur ayat Al-Quran lagi. Dan ayat tu berkaitan 

dengan tujuan hidup kita. Sebenarnya, masih ramai lagi yang belum mengetahui apakah tujuan 

hidup kita yang sebenar. Dan bila bertanyakan isu tentang etnik Rohingya, tentang Syria, 

semua tidak tahu, diam seribu bahasa. "Takpe, lain kali kita tengok tv ya", jawabku. Betapa 

banyak yang perlu kita kongsikan pada semua manusia. Cubalah tanya dengan orang-orang di 

sekeliling kita, apakah mereka mengerti akan isu-isu sebegini, adakah semua orang tahu 

tujuan hidup kita di dunia ini. Bila masuk dalam masyarakat, kita dapat memahami apakah 

masalah sebenar kita. Kita hanya mengejar dunia, risau kalau tiada kerja, tiada gaji, fikir isu 

sendiri, kenapa perlu fikir orang lain sedangkan diri tidak cukup baik lagi. Oh...sudah-sudahlah 

tu. 

              Tujuan hidup kita di dunia ini adalah beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah atas 

muka bumi ini. Kita datang ke bumi ini untuk memimpin diri dan manusia di sekitar supaya 

beriman pada Allah SWT. Sungguh banyak kerja kita untuk menyedarkan orang lain. Sungguh 

banyak syubhah-syubhah dakwah ini, salah satunya adalah, merasakan diri ini tak layak lagi, 

sebabnya ada banyak dosa, macam mana mahu ajak orang lain untuk berubah. Mari kita 

fikirkan bersama, sampai ke tahap mana yang kita perlu capai sehinggakan kita berani 

berdakwah, sampai tahap mana keimanan kita itu, sampai bila kita perlu tunggu. Antara 

syubhah yang lain ialah, merasakan bahawa tugas dakwah ini hanyalah tugas ustaz dan 

ustazah, orang-orang biasa tidak ada tanggungjawab untuk berdakwah. Syubhah yang lain, 

susah untuk mengajak orang berubah, walaupun sudah berbuih mulut menasihatkan tetapi 

tidak ada hasilnya. Merasakan bahawa dakwah ini sungguh payah, sungguh penat, jalannya 

berliku, susah. Akhirnya, merasakan bahawa tugas dakwah ini fardhu kifayah, masih ramai 

yang buat kerja ini, tidak perlu bersusah payah untuk melakukannya. Ini semua syubhah-

syubahah yang setiap satunya ada jawapan yang bernas, membalas segala alasan.    

               Masa semakin suntuk, kerja semakin bertambah, yang pastinya setiap di antara kita 

perlu sedar tujuan hidup kita ke dunia ini. Dan jika kita tidak menyedarinya, Allah akan 

menggantikan kita dengan orang lain yang lebih baik, lebih beriman dari kita untuk lakukannya. 

Fikirkanlah betapa bahagianya, kita, ibu bapa kita, adik-beradik kita, kawan-kawan di 

sekeliling, guru-guru dan pensyarah, jiran-jiran kita, semuanya tunduk dan patuh kepada Allah 

SWT. Semuanya menjalankan apa yang Allah suruh, semuanya mendapat pengakhiran yang 

sama iaitu syurga dan redha Allah. Bayangkan, Pak Cik Lim sebelah rumah kita memeluk 

islam apabila melihat kita mengamalkan akhlak yang islam ajar. Bayangkan Aunty Devi di 

kampung sebelah terkesan dengan tingkah laku kita dan seterusnya memeluk islam. 

Bayangkan bahawa tidak ada orang miskin yang tidak dapat ditolong kerana ramai orang 

kaya yang sanggup membantu. Bayangkan bahawa semua pemimpin melaksanakan 

tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada semua rakyatnya. Bayangkan jalan-jalan 

kita tidak ada kemalangan dan kecuaian kerana semuanya mematuhi arahan dan bersikap 

sabar dan menghormati orang lain. Sungguh banyak kerja kita untuk mewujudkan rahmatan 

lil'alamin kepada seluruh manusia. Jadi, ambillah posisi masing-masing untuk merealisasikan 

impian ini. Siapa yang menjadi pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh, supaya bila dah 

berjaya nanti, bila dah berkerjaya besar, bila orang pandang kita, kita mudah sampaikan islam 

kepada mereka kerana mereka nampak akhlak kita, mereka nampak islam yang ada pada 

kita. Siapa yang berkerja, bekerjalah bersungguh-sungguh, gaji yang diterima, mestilah 

tetapkan bahagian untuk dakwah di dalamnya. Moga-moga Allah redha semuanya...amiin.

p/s: Untuk adik-adik akak, akak bukannya nak marah ke, atau perli ke apa-apa, takde tau. Tak pe, lepas ni mari kita belajar dan belajar lagi ya. Akak sayang antunna.!

Wednesday, July 4, 2012

Sejak kecil




Nasyid ni, abah pernah dengarkan suatu ketika dulu. Semasa aku masih kecil.

Bila sudah belajar perubatan, baru aku dapat faham, memang betul kata orang, budak-budak kecil di usia pembesaran mereka, mereka sebenarnya boleh terkesan dengan apa yang berlaku di sekeliling dia.

Nasyid ni, abah selalu pasang masa dalam kereta. Masa tu, bila dengar, dan nyanyi tanpa kefahaman. Bila sekarang dengar semula, betapa besarnya isu yang dia bawa di sini.

Cita-cita kita untuk islam itu naik semula. Sungguh besar bukan? Dan abah mendengarkannya kepadaku sejak kecil lagi.

Teringat dalam hadis 19, bagaimana Rasulullah mendukung Abdullah bin Abbas di belakang nabi, dan sambil tu nabi bercerita kepada Abdullah bin Abbas, 'hai Abbas, peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.......hingga akhir ayat hadis 19'. Membayangkan, Rasulullah S.A.W., merangkak dan Abdullah bin Abbas di belakang, atau mungkin nabi S.A.W. berdiri, dan Abdullah bin Abbas didukung oleh nabi S.A.W.

Dan ternyata, bila Abdullah Bin Abbas, sewaktu besarnya, dia menjadi seorang yang sungguh mulia. Maksudnya nak sentuh, kalau kanak-kanak dari kecil, dididik dengan acuan yang betul, sibghah dari Allah, insyaAllah, ia akan menjadi baik.

Mudah-mudahan, untuk 'future mujahid dan mujahidah' dapatku didik seawal usianya, dari kandunganku lagi.

Begitu juga, bila mana kemenaangan Dr. Morsy sebagai Presiden di Mesir, orang tercari-cari, biografi keluarganya, berapa orang anaknya, siapa isterinya, apa latar belakang Dr. Morsy. Ternyata, anak-anaknya,  pertumbuhan mereka dicorakkan oleh kedua ibu bapa yang pada dasarnya tersibghah dengan islam itu sendiri. Maka tidak menjadi hal, bahawa anak lelaki Dr. Morsy, Ahmad, apabila ditanya pendapatnya tentang kemenangan bapanya, dirinya sendiri, masih berterusan dalam pengajian kuliahnya, tidak ada beza, dirinya sebelum dan selepas bapanya menjadi Presiden, dirinya, adalah Ahmad yang sama, perlu berusaha dalam lapangannya, tidak mengharapkan bapanya untuk membantunya.

Sungguh, yang pastinya, aku melihat bahawa, generasi akan datang, perlu ditarbiyah dan disantuni dengan agama islam yang menyeluruh, terpancar darinya, islam yang utuh. 

Sunday, June 24, 2012

Pasca kemenangan




Aku tidak ke Tahrir hari ini. Kerana abah tidak beri izin. Tidak mengapalah. Moga jiwa dan hatiku bengkak membesar subur, seperti orang-orang yang meraikan kemenangan ini di Tahrir. Dari jauh, kedengaran bunga api bertalu-talu mengisi ruang udara, memecah kesunyian senja, menutup tirai 24 Jun 2012. Sesekali kedengaran pakcik-pakcik atau remaja, di lorong rumahku, menjerit-jerit Morsi..Morsi. Kereta dan motor yang lalu, membunyikan hon, menyatakan keriangan.

             Semasa ucapan daripada  ketua Suruhanjaya Pilihanraya, internet tidak berapa kencang. Aku dan Fathiyyah menumpang telinga dan mata kepada televisyen di kedai kopi, dibawah rumah, bangunannya setentang dengan bangunan kami,  berdiri di balkoni. Agak panas cuaca ketika itu, keluar-masuk, sambil 'update' cerita di muka buku. Buku ditutup, tidak boleh fokus, tak sabar dengan apa yang akan berlaku selepas ini. Dikejutkan dengan kehadiran adik-adik UK dan seorang kakak qawiy UK. Kami sabar menanti pengumuman. Fathy kata, kalau ucapannya panjang, kadang dia adalah satu 'trick', nak beritahu bahawa kemenangannya mungkin adalah Ahmad Syafiq. Takpelah, kita terus tembak doa lagi. Seorang adik, Najwa namanya, kalaulah Ahmad Syafiq menang, apa akan jadi ya? Aku teringat kata-kata naqibahku, apabila aku bertanyakan hal yang sama kepadanya, mana mungkin Allah akan bagi pemerintah seperti Ahmad Syafiq untuk menang, mana mungkin Allah membiarkan pemerintah yang zalim berkuasa, fikir yang baik-baik sahaja, jangan fikir yang bukan-bukan.

             Bila sudah hampir kepada pengumuman, beliau mengumumkan berapa bilangan undia yang diperoleh, dan alhamdulillah, akhirnya sudah diketahui juga siapa pemenangnya. Kami yang bersolat, sujud syukur, panjang, berdoa, menitiskan air mata. Najwa kata, tak sangka, dia di Mesir pada detik-detik yang bersejarah ini, menjerit kepada kawan-kawannya, kenapa Allah memilih kita untuk berada di sini, di saat-saat ini. Apakah hikmahnya, mereka semua berada di sini ketika ini?
           
             Aku masih teringat, ketika revolusi bermula tahun lepas ketika itu, satu bas adik-adik dari Jordan, menziarahi kami di sini. Ketika itu juga ada akhawat dari Russia turut berjaulah ke sini. Cumanya. adik-adik Jordan sempat balik ke Jordan, selamat menaiki kapal terbang, pulang ke Jordan pada waktu yang tepat, tanpa 'delay'. Yang masih tersekat adalah akhawat Russia. Disebabkan ada perintah berkurung tak silapku dari pukul 6 petang sehinggalah 8 pagi esoknya. Waktu 'flight' mereka kalau tak silap pukul 10 pagi. Terpaksa keluar dari rumah pukul 8 pagi, menanggung risiko, takut juga kalau terlepas. Di masa yang sama, adik-adik kami keluar berjaulah ke UK dan Ireland. Ada yang sudah ke menaiki 'flight' dan ada yang masih tersekat di lapangan terbang. Sungguh mencabar tahun itu. Cuti musim sejuk, tidak seperti cuti. Memang sudah dirancang, akan ada daurah, ada program, ada usrah, sepatutnya semakin rancak tetapi ia menjadi beku, kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Jadi batal semuanya. Duduk di rumah, di Beit Kauthar, berbelas orang, dari Beit badar, dari Beit Anfaal, dari Liya Safura. Meriah rumah. Masih teringat bagaimana di waktu malam, kami letak pisau, di tempat-tempat tersembunyi, bawah sofa, belakang pintu. Tingkap-tingkap semua ditutup. Semua orang berkumpul di Kauthar, kerana Kauthar besar dan tinggi (tingkat 3), lebih tinggi dari Badar dan Anfaal, dan lebih besar dari Liya Safura.Sungguh itu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

            Di hari ini, adalah pengakhiran kepada revolusi, bila naiknya Dr. Muhammad Morsi. Mudah-mudahan, sinar islam kembali menyinari. Bukan sahaja di Mesir, malah  di seluruh dunia. Kita kembalikan kegemilangan khilafah islam yang telah hilang dahulu. Ini baru permulaan. Semoga kita semua mengambil bahagian dalam perjuangan ini.






Saturday, June 23, 2012

Nak tengok video, mulakan dengan niat!

Aku sebenarnya orang yang suka visual. Suka tengok video, suka tengok gambar, suka tengok orang. Tapi aku faham, dalam kita meraikan kesukaan kita, masih ada islam yang sentiasa membatasi. Ada hadnya, ada larangannya. Berborak dengan seorang ukhti yang aku sangat baik dengannya. Aku ceritakan padanya bahawa kita kadang bila ingin melihat suatu video, kita kata, takpelah kita tengok dulu, nanti iman yang ada tu akan menapis, akan ambil yang baik dan buang yang buruk. Tapi bila mana kita aplikasikan benda ini, dia jadi semakin berleluasa, sampaikan, benda yang memang betul-betul tak bagus pun, kita nak tengok juga, dan aplikasikan cara yang sama, kalau memang betul video ni tak bagus tak payahlah kita tengok lagi, sebab dia tak sesuai dengan iman kita. Sahabat aku menyatakan pendapatnya. Dia kata, mungkin kita perlu niatkan dari mula, apa motif kita nak tengok video tu, adakah hanya saje-saje, atau adakah memang betul untuk islahkan diri, atau memang nak sebarkan kepada orang lain supaya dapat manfaatnya sekali.


Mungkin aku perlu ubah sikapku dalam pemilihan menonton video dan sebagainya. Aku takut, bila aku belajar hadis dalam hadis 40  'tinggalkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan islam' dan hadis  'tinggalkan perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan', menjadikan aku perlu berhati-hati dalam kesukaanku ini. 


Moga Allah pandu, amiin.

Bertahan


Maaf,
Aku bukanlah seorang yang genius,
Mahir menghafal dan sangat kuat ingatan,
Menapakkan diri dalam bidang yang mencabar ini,
Membuatkan aku,
Mencabar diriku untuk melakukannya,
Bukanlah aku suka sangat,
Tapi inilah yang telah dipilih,
Sejak 5 tahun yang lalu.

Kini,
Pengajianku semakin tamat,
Dan akan bergraduasi dalam masa setahun setengah sahaja lagi.

Sejak lima tahun lalu, 
Tersepak dengan batu besar di jalan,
Bernama tarbiyah batu itu,
Ia mengubah hidupku, 
180 darjah.

Kalau dulu aku pergi,
Dimuntahkan oleh kapal terbang ke sini,
Niat hanya memenuhi impian bonda dan ayah,
Menuruti pilihan mereka,
Tetapi kerana sebuah tarbiyah,
Aku menjadi manusia lain,
Berusaha sedaya upaya untuk menghafal,
Berusaha sedaya upaya untuk menuntut ilmu,
Berusaha sedaya upaya menahan panas terik dan sejuk yang melanda,
Bukan kerana gaji yang banyak yang mahu dirasa,
Tetapi tuntutan tarbiyah yang mengajar diri,
Merubah diri menjadi lebih baik,
Niatkan belajar kerana Allah dan ummah.

Moga sentiasa tidak lari,
niatku dan dan niatmu,
Sampai bila-bila,
Amin.


Monday, May 21, 2012

Bakal merindui...T_T (1)

Berhabuk, bersawang, banyak sarang labah-labah, tebal sungguh habuk dan debu yang melekat, selsema, allergy rhinitis, sensitif habuk dan debu. Lama tidak ber'entry', akhir sekali adalah bulan 4, itu pun belas-belas haribulan.

Perjalanan sebagai seorang budak perubatan, semakin sampai ke penghujung. Bakal berkhidmat sebagai dukturah dalam masa setahun setengah sahaja lagi, insyaAllah, biiznillah. Tidak menyangka bahawa masa menunaikan ketaatan pada Tuhannya dengan sangat cemerlang, memang sungguh mencemburui kita, sungguh cepat masa berlalu. Hampir tidak sedar sudah. Makanya, diri mula berfikir-fikir, berkira-kira, risau dan takut, membayangkan bagaimana keadaan kita bila pulang ke negara sendiri nanti? Bagaimanakah aku nanti? Dimanakah aku bakal bekerja nanti? Apa yang akan ku buat? Bagaimana nak buat? Dan juga, yang paling penting sekali, adalah tarbiyah dan amalku nanti, aku dapat menyumbang apa? dan diri aku pula akan terbina bagaimana? Belum masuk lagi isu baitul dakwah dan sebagainya.

Sementelah aku di sini, sebelum pulang, sangat penting memantapkan diri sendiri. Sebelum pulang berjuang di negara sendiri. Teorinya di sini, dan praktikalnya di negara sendiri. Malaysia dan Mesir, ada yang sama dan ada  yang beza antara 2 negara ini.

Mesir, bagi sistem politiknya, semakin ada pembaharuan insyaAllah. Setelah jatuhnya pemerintahan kuku besi Husni Mubarak, Mesir sedikit demi sedikit, sudah dan bakal memperbaiki sesempurna yang mungkin sistem politiknya. Tidak lama lagi akan ada pilihanraya presiden. Tanpa segan silu aku menyokong penuh Dr. Mohamed Morsi, daripada Freedom and Justice Party klik di sini. Mari kita berdoa banyak-banyak supaya pilihanraya peringkat pertama pada hari Rabu 23/5/2012 dan peringkat kedua pada hari Khamis 24/5/2012, berjalan dengan lancar, tiada manusia yang ingin membuat kacau dan huru-hara, menghalang perjalanan majlis dan sebagainya. Serta, doakan supaya Ikhwan Muslimin memenangi pilihanraya ini. Semasa muktamar khotimi (penutup) IM, Dr. Muhammad Abdul Maqsud ada menyatakan kenapa dia memilih, kerana dia membawa Al-Quran bersamanya, kerana dia ada Al-Quran dalam hatinya, itu yang menyebabkan dirinya menyokong Dr. Mohamed Morsy. Pilihanraya ini, berlangsung 2 hari, peringkat pertama, antara semua calon, peringkat kedua pula, antara 2 orang yang mendapat undian tertinggi. Jika peringkat pertama, seorang telah menang dengan 50% undian atau lebih maka, dia sudah menang, tanpa perlu ke peringkat kedua. Seorang ukhti ada bercerita, semasa mendengar ucapan-ucapan orang besar di muktamar khotimi, makcik di sebelah mendoakan, supaya Dr. Mohamed Morsy menang di peringkat pertama, tanpa perlu ke peringkat seterusnya. Begitulah doa dan harapan mereka. Sangat mahukan, agar islam ini tertegak kembali, dan ini dapat dicapai jika mereka memilih calon seperti Dr. Mohamed Morsy. Menarik juga artikel ni, nanti baca ya, tentang memilih pemimpin di sini.

Selalu, makcik, kakak, atau pakcik, tepi jalan, bertanya, di Malaysia, takde kuliah Tibb ke? Sampai nak datang belajar jauh-jauh ke Mesir. Jawapan yang biasa, ashan minhah min hukumah (sebab biasiswa dari kerajaan) =)  Mereka ini sangat ramah, sangat meraikan orang, bukan hanya dengan orang asing seperti kita (sebab pelik, tengok pakaian, percakapan, jadi mereka ramah untuk bertanya), malah dengan orang tempatan juga, nak katanya, memang budaya mereka, atau memang perangai mereka yang sudah sedia ramah. Bila pergi ke kedai, anti munawwarin Misr (awak menyinari Mesir). Kalau di Malaysia, mungkin kita akan bertegur sapa, pada orang yang kita kenal sahaja, mungkin ada sahaja yang ramah, tetapi mungkin tidak seramai seperti di Mesir. Rata-ratanya begitulah.

Di sini, aku selalu melihat, manusia yang rata-rata umur seperti abahku atau atukku, menggalas beg berat, berjalan dari permulaan jalan hingga ke hujung, dari satu jalan ke jalan yang lain, dalam beg berisi, stokin, baju, tali pinggang, hatta, ada yang menjual  mangkuk plastik, dan dulang, menjujung semuanya di kepala, dan ada juga yang menjual karpet-karpet kecil, dilipat, dan dijunjung di kepala. Sedih. Betapa bersungguhnya mereka untuk mencari duit untuk mendapatkan roti dan nasi, bukan untuk dirinya sahaja, malah, anak-anak di rumah yang ramai, kelaparan, menunggu ayah mereka pulang. Di waktu malam pula, di kala manusia berehat, minum-minum di kedai kopi, menonton televisyen masih ada pakcik yang sedang mengilatkan beberapa pasang kasut. Aku tidak tahu berapa upahnya untuk sepasang kasut. Tidak henti-henti bekerja. Paling tidak pun, mereka akan menjual tisu, mesti ada sahaja barang yang dijual untuk dapatkan duit. Semua ini, mengajar aku, bersyukur, bersyukur, dan bersyukur. Kadang, kita ini, suka membazir makanan, beli makanan banyak sangat, kemudian tidak dimakan, bila sudah basi, dibuang tanpa rasa bersalah. Selalu kena ingat ada orang yang lagi susah dari kita. Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman, ayat yang selalu diulang-ulang Allah dalam surah ini : 'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan'. Ini belum lagi, pakaian, kasut, hai, sungguh banyak pembaziran.

Setakat ini dulu perkongsianku, nanti aku sambung lagi ya, insyaAllah.