Showing posts with label Bait muslim. Show all posts
Showing posts with label Bait muslim. Show all posts
Monday, January 27, 2014
Friday, October 25, 2013
Koreksi Bait Muslim II
Alhamdulillah, alhamdulillah,
alhamdulillah, ianya sudah berumur 2 bulan. Dan sudah banyak yang berlaku, sudah
banyak perkara yang telah dilalui bersama. Bermula dengan menyesuaikan diri
antara satu sama lain, kemudian menyesuaikan dengan ahli keluarga masing-masing
terutamanya ibu, abah, umi dan abuya. Kemudian bersama ahli keluarga yang lain,
maka berpergian ke sana sini, menziarah pakcik dan makcik. Bila sampai di
Mesir, kepala mendesak memikirkan pencarian rumah untuk kami tinggal berdua.
Dan alhamdulillah, Allah mudahkan apabila seorang ahli usrah dan zaujnya
menyerahkan rumah mereka yang kosong kepada kami, kosong dengan manusia tetapi
penuh dengan isinya, cukup untuk kami hidup selesa. Masalah air dan gas di
permulaan hidup kami di Beit Raudhah (nama yang sama, kami kekalkan, moga-moga
rumah ini menjadi taman syurga Raudhah, buat penghuninya dan juga tetamu yang
bakal
mengunjunginya, ameen), rumah
di tingkat 9, kemungkinan besar masalah air itu ada. Alhamdulillah,
sangat-sangat merasai Allah
selalu mudahkan segala urusan kami.
Ramai rakan yang bertanya,
bagaimana kehidupan setelah bernikah. Jawapanku, ianya sama seperti dahulu, kita
masih ada tugasan kita, iaitu belajar (sekarang ini sedang bertungkus-lumus
untuk menghadapi imtihan akhir tahun 6, tinggal lagi 24 hari), kita masih ada
anak-anak usrah yang perlu diuruskan ( walaupun sebenarnya, aktiviti usrah
bersama mereka dikurangkan seketika untuk memberi ruang kepada persediaan imtihan,
tetapi masih bermu'ayashah bersama mereka), kita masih ada tanggungjawab
bersama rakan-rakan usrah dan rakan-rakan di kelas, kita masih seorang anak
kepada ibu dan abah. Tetapi yang menjadi cabarannya ialah bertanggungjawab
dengan cinta ketiga setelah Allah dan Rasulullah SAW ini. Redhanya itu, amat
besar untuk kita harapkan. Kalau sebelum ini, hidup berseorangan, tidak perlu
kisah soal makan, ianya tidak bagus untuk diamalkan ketika kita sudah bernikah.
Kalau sebelum ini, tidak kisah waktu tidur dan rehat, tetapi bila hidup berdua,
tidak pantas ianya tidak dijaga. Kalau sebelum ini, tidak ambil peduli sakit demam
sendiri, tetapi kini, yakinlah akan ada pahala-pahala berlimpahan, buat isteri
yang menjaga sakit demam suami.
Pelikkan! Namun itulah yang dijanjikan Nabi SAW:
Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang wanita melaksanakan solat lima
waktunya, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati
suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja ia kehendaki (HR
Ibnu Hibban)
Walaupun demikianlah
tanggungjawab kita apabila sudah berkeluarga, pastinya, kita-kita yang sudah terlebih dahulu berkeluarga dengan dakwah dan
tarbiyah, maka itulah yang menjadi prioriti kita juga. Jika sebelum ini,
belajar nombor satu tetapi dakwah bukan yang kedua, dan mungkin jugalah kita
perlu menambah suami atau isteri atau keluarga di tangga pertama kita. Tidak
ada satu pun yang terkecuali, tidak ada suatu pun yang akan dianaktirikan.
Tidak mahu seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati
kebuluran. Cabaran bagi kita untuk membentuk muwasafat tarbiyah bukan hanya
kepada diri sendiri dan manusia di luar
rumah, bahkan ahli keluarga di dalam rumah, anak-anak dan isteri. Sepertimana
kalam seorang pakcik kabir dalam dakwah, "Ana takkan percaya, selagi antum
tak berkeluarga, selagi antum tak kerja, ana takkan percaya ketsabatan antum
sekarang ini". (Ohoi!terbakar! ini belum ada anak lagi, belum lagi jadi
doktor lagi!) Begitulah sifat individu muslim yang kita imani, mengimbangi
seluruh tanggungjawab dan tidak akan meninggalkan walau hanya satu perkara.
Bukanlah juga apabila kita
bernikah, hanya mengharapkan pasangan kita yang dapat membimbing segala perkara.
Jadilah imamku wahai suamiku, jadilah pembimbingku wahai suamiku, jadilah
penemanku wahai isteriku! Sejujurnya, apabila kita bernikah, kita masih perlu
menolak diri berusaha sendiri merubah diri. Janganlah hanya berharap, suami
yang akan membimbing, sedangkan hati sendiri menolak untuk berubah. Apakah
nasihat-nasihat dan ajakan baik suami atau isteri akan memberi kesan kepada
kita untuk menjadi lebih baik. Tidak, sama sekali tidak! Kita yang mahu
mengubah diri, tetapi mengapa mengharapkan orang lain? Suami isteri seperti
sepasang stokin, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Masing-masing bantu
diri sendiri dan bantu juga pasangan sendiri. Siapa yang memberi lebih,
berkorban lebih, mengajak kepada kebaikan lebih, maka dialah yang akan mendapat
ganjaran lebih dari Allah SWT. Itulah fastabiqul khairat dalam berkeluarga.
Jangan hanya fikir, aku sudah banyak berkorban, aku yang paling sibuk membuat
kerja, aku yang paling itu dan ini, tetapi fikirlah apa lagi yang kita masih
belum berkorban, apa lagi yang masih kita belum tunaikan. Suka sekali dengan
perwatakan Ummahatul Mukminin Khadijah r.a., semuanya yang diberi untuk Rasulullah SAW bukanlah diminta baginda.
Seorang muayyid rasul yang sungguh setia.
Pernah bercurhat dengan
seorang ukhti yang juga baru berkeluarga, "Saya rasa duduk di RI (Rumah Islam)
sangat-sangat membantu saya apabila berkeluarga". Mengangguk, setuju
sungguh dengannya. RI ibarat tangga kecil sebelum melangkah ke tangga kedua BM.
Di RI, di situlah kita mentarbiyah diri dan
manusia di dalamnya. Bagaimana kita menjaga waktu makan ukhti kita, dengan
mengikut jadual dan masak pada waktu
yang sesuai. Bagaimana kita menjaga waktu solat kita, berusaha berwudhu'
sebelum waktu solat, atau setelah betul-betul habis azan, dan bersiap,
memanggil akhawat lain bersolat. Bagaimana kita melaksanakan syahadah kita,
berkongsi tazkirah, membedah buku dan sebagainya. Bagaimana kita menjaga hak
ukhti kita, apabila dia sedih, pinjamkan bahu kepadanya untuk dia
menangis, telinga untuk dia bercerita,
pinjamkan duit apabila tidak berduit. Bagaimana kita menjaga kebersihan rumah kita,
bilik kita, apabila kita mengikut jadual rumah yang disediakan dan membuat
tugasan yang telah ditetapkan. Sungguh, pengalaman-pengalaman duduk di RI amat
membantu diri untuk lebih cekap menguruskan rumahtangga kita, rumahtangga lebih
basah dan berisi.
Moga-moga Allah akan membantu
kita untuk membentuk diri sendiri menjadi individu muslim yang cukup semua
sifatnya, dan kemudian membentuk orang-orang di sekeliling supaya menjadi
seperti kita. Jalan masih jauh, selagi mana kiamat belum datang, masih belum terlewat
untuk mengubah diri dan manusia sekeliling, masih banyak lagi kerja-kerja yang
belum habis, masih banyak lagi amal-amal yang belum teramal.
Moga-moga bait muslim ini,
akan melajukan lagi pembinaan manusia-manusia yang faham islam dan tujuan penciptaan
hidupnya.
Moga-moga bait muslim ini
dengan kurniaNya, sentiasa melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmatNya.
Moga-moga kita masih lagi di
jalan yang sama, jalan susah payah, kerana untuk syurga, perlulah jalan yang
payah kepadanya. Tsabbit quluubana ya Rabb!
Labels:
Bait muslim
Beit Tumuhaat, Mounira
Sayyeda Zeinab, El-Sayeda Zainab, Cairo Governorate, Egypt
Wednesday, October 2, 2013
Koreksi Bait Muslim
Terucap syukurku
Aku memilihmu
Tuk menjadi teman
Hidup setia selamanya
Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu
Mengikat janji bahagia
Dan belayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia
Ku dipertemukan belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurgaMu
Pegang tanganku
Tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku
Belahan hati ini
Selalukan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh kasih sayang
Dan rahmatNya
Kau pembimbingku
Suamiku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku
(In-Team)
Di malam majlis sebelum pernikahan esoknya, seorang makcik membisikkan di telingaku, "Nanti, banyak-banyak bersabar ya!". Makcik hadir bersama keluarganya, menyempatkan diri seketika sebelum memenuhi jemputan walimah di Johor. Malam itu mereka terus ke Johor, setelah menghadiri majlisku.
Keesokan harinya, selepas selesai ijab dan qabul, dan kami sudah menjadi penyatuan halal, seorang makcik juga membisikkan perkara yang sama kepadaku dan zauj. Pada mulanya, dia membisikkan kepada zaujku dan kemudiannya kepadaku. "Sakinah, kunci pertama adalah sabar, kamu berdua tak kenal masing-masingkan?", makcik pesan, bersungguh. "InsyaAllah makcik!", kata-katanya menusuk hati.
Di majlis menyambut menantu di Meru, sebelah zaujku, makcik yang sama juga berpesan, tetapi kali ini dia berpesa kepada kami serentak. "Syamil dan Sakinah, kunci yang kedua ialah, menerima apa sahaja yang ada pada pasangan kita, dan sentiasa memerhatikan yang baik-baik darinya, jangan terlalu memikirkan yang buruk-buruk sahaja".
Sebulan lebih bernikah, moga Allah berkati kita sentiasa.
Di suatu malam, zauj mengajakku menetapkan beberapa niat, tujuan kami bernikah, dan kesemuanya ada lima. Yang pertama, kita kahwin kerana Allah, kerana mahu kejar redha Allah SWT. Yang kedua, kita kahwin kerana untuk mendukung antara satu sama lain dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Yang ketiga, untuk menyempurnakan sebahagian lagi agama. Yang keempat, mengikuti sunnah Rasulullah SAW dengan bernikah. Yang kelima, untuk zuriat, peneman dan penyambung gagasan dakwah dan tarbiyah. Rupanya, sungguh banyak niat yang perlu dipadukan bersama hati, supaya ghayah kita tidak lari.
Merasakan bahawa sungguh cepat Allah memberi rezeki.Walaupun bagi kita rasakan ianya cepat, tetapi bagi Allah itulah masa dan keadaan yang sesuai untuk kita mengetahuinya dan memberi komitmen padanya.
Adakah betul dengan bernikah, ianya akan melajukan dakwah dan tarbiyah? Mungkin ianya masih terlalu awal untuk diukur dengan hanya sebulan lebih. Mungkin juga kecemerlangan sebulan lebih itu memberikan impak yang berganda di masa hadapan pula. Masing-masing tahu dan perlu muhasabah bersama. Sebab itu penting niat awal untuk hidup berasama perlu sentiasa dipateri.
Betapa ramai ikhwah akhawat yang dikenali, walaupun masih 'single' tetapi sungguh thabat dalam mencurahkan amal dakwahnya. Malu jika dikatakan bait muslim itu mampu mengembangkan dakwah dan tarbiyah, namun tidak dapat dibuktikan oleh kita-kita yang sudah ini.
Kakak pernah menyuarakan, "Kita tak pernah bercinta Kinah, maka semestinya kita rasa seronok di awal bernikah". Nikmatnya pacaran setelah bernikah.
Jangan sampai keseronokan itu menghapuskan seluruh niat bait muslim kita. Sudah-sudah berperasaan demikian, sudah tiba masanya kita bersungguh dalam apa yang diniatkan.
Allah, ahlan, datangkanlah sakinah, mawaddah dan rahmah kepada kami. Sentiasa menunjukkan kami jalan sebenar perjuangan. Amiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)