Saturday, February 18, 2012

ماض كالسيف -أبو علي

ماضٍ كَالسيف كالريح كالموج غزارة
عادٍ كالخيل كالليث كالرعد شرارهـ
مقدام يطلب ثارهـ ** ويرى في الموت بشارة
نازلَ طاغوت الدنيا ** لا يملك غير حجارة
يقذفها كأبابيلٍ ** تخرق بالرعب جدارهـ


أنف الإذلال وقامَ ** ينسج بالعز فخارهـ
كطريد سئم دجاهـ ** ومضى يستجن نهارهـ
كالنجم الهائم يهوى ** في فلك المجد مدارهـ
لم يرضى الدنيا تارة ** كلا والبغيُ جدارهـ

ماضٍ كَالسيف كالريح كالموج غزارة
عادٍ كالخيل كالليث كالرعد شرارهـ
مقدام يطلب ثارهـ ** ويرى في الموت بشارة
نازلَ طاغوت الدنيا ** لا يملك غير حجارة
يقذفها كأبابيلٍ ** تخرق بالرعب جدارهـ


لبّى للعزة لما ** نادى الأقصى ثوارهـ
غنى للموت مشوقا ** ومضى يعزف قيثارهـ
نصب المحتل خداعه ** أغرى فيه سمسارهـ
صاغ الكلمات وعودا ** وشى بالمكر حوارهـ

ماضٍ كَالسيف كالريح كالموج غزارة
عادٍ كالخيل كالليث كالرعد شرارهـ
مقدام يطلب ثارهـ ** ويرى في الموت بشارة
نازلَ طاغوت الدنيا ** لا يملك غير حجارة
يقذفها كأبابيلٍ ** تخرق بالرعب جدارهـ


زرعوا مسراهـُ رعبًا ** ضربوا بالجوع حصارهـ
فتقدم لم يثنيه ** مكر يستدعي عثارهـ
هيهات يهادن حتى ** يمسح بالعزة عارهـ
بركان من إيمانٍ ** هذا التلمود سعارهـ

ماضٍ كَالسيف كالريح كالموج غزارة
عادٍ كالخيل كالليث كالرعد شرارهـ
مقدام يطلب ثارهـ ** ويرى في الموت بشارة
نازلَ طاغوت الدنيا ** لا يملك غير حجارة
يقذفها كأبابيلٍ ** تخرق بالرعب جدارهـ


فبنى بالخوف حصونه ** أعلى فيهم أسوارهـ
فتفجر فيهم غضبًا ** أنشب فيهم أظفارهـ
كشظايا النار تراهـُ ** مغوار يصنع غارهـ
ما خفَّ الخطوة حتى ** وقَع بالموت قرارهـ

ماضٍ كَالسيف كالريح كالموج غزارة
عادٍ كالخيل كالليث كالرعد شرارهـ
مقدام يطلب ثارهـ ** ويرى في الموت بشارة
نازلَ طاغوت الدنيا ** لا يملك غير حجارة
يقذفها كأبابيلٍ ** تخرق بالرعب جدارهـ



link di sini

Muhasabah solat kita...

Semalam, aku tertarik dengan  link Dr Zaharuddin di youtube, tajuknya ialah sempurnakah solatku, dari semalam 'loading', baru hari ini dapat menontonnya.

'Kita belajar solat dari kecil, semasa tadika, maka sampai sekaranglah kita masih mengamalkan solat seperti yang kita belajar di tadika', masih tak berubah-ubah solat kita, yang sepatutnya, bila semakin besar, semakin kita mencari sesuatu untuk memperelokkan solat kita. 

Aku baru tahu, sebenarnya, untuk menyempurnakan solat kita, kita tidak boleh baca dengan hati, kita memang kena menyebut, seperti mana sabda Rasulullah S.A.W, solatlah seperti mana kamu lihat aku solat, nabi bila solat, bergerak-gerak janggut nabi, ertinya nabi terkumat-kamit dan bukannya membaca bacaan solat di dalam hati. Maka, kita perlu menyebut bacaan solat. Satu lagi, bila menyebut bacaan solat janganlah seperti berbisik, hanya cukup sekadar kita yang mendengar, kerana ini akan menganggu orang lain pula. 

Lagi satu yang aku terkesan bila disebut tentang orang melintas di hadapan semasa sedang solat. Solat diibaratkan kita sedang berdua-duaan dengan Allah S.W.T, dan tidak boleh ada penghalang antara orang yang solat dengan Allah S.W.T, maka sebelum kita solat pastikan ada penghadang, atau benteng yang dibuat di hadapan supaya tidak terganggu solat kita, dan jika tidak dibuat penghadang, dan ada orang yang mahu melintas, maka kita perlu mengangkat tangan kita, menghadang orang yang ingin lalu di hadapan. Sepertimana yang disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W:

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ      يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً   

Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) 

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" 
( Riwayat Al-Bukhari) 

Dan yang terakhir, sebelum solat, pastikan kita mengambil wudhu dengan sempurna, pastikan semua anggota wudhu diberi haknya, iaitu misalnya, jirus air di kaki dan kemudian menggosok atau menyapu celah-celah kaki hingga semua semua tempat kena air dan sebagainya.

Sebelum ini juga aku pernah melihat satu video, dari sini, dia ceritakan tentang bacaan-bacaan yang boleh kita tambah semasa rukuk, sujud dan sebagainya...hmmm....dari kecil bacaan kita masih sama sampai sekarang, apa kata kita 'upgrade'kan bacaan kita. 

Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya Allah, dan ia adalah satu-satunya ibadah yang menuntut nabi untuk ke Sidratul Muntaha dan berjumpa sendiri dengan Allah S.W.T untuk dapat perintah ini, berlainan dengan  ibadah haji dan umrah yang memakan masa berhari-hari untuk melakukannya itu hanyalah daripada penurunan ayat Al-Quran. Maka sungguh besar fardhu solat ini. Mudah-mudahan, kita semakin hari semakin rajin untuk memperbaiki solat kita. Wallahu'alam, selamat beramal semuanya.

Friday, February 17, 2012

Syria menangis...




Terkedu
Terkesima
Tak terkata

Petualang durjana menyerang mangsanya
Seperti binatang buas menerkam mangsanya
Atau mungkin lebih sesuai 
Jika diumpamakan binatang dari binatang?

Bukan lagi tidak mengenal erti perkemanusiaan
Malah pura-pura membutakan hati dan mata 
Seolah-olah mahu minum darah manusia
Seolah-olah mahu mandi dengannya

Geram
Geram 
Geram

Mahu sahaja mengayunkan tumbukan 
Mahu sahaja tamparan menyinggah ke muka
Tapi tak cukup kuat
Tapi jauh sangat 
Tak cukup kuat

Mungkin perlukan tumbukan dari Tuhan
Mungkin perlukan tamparan dari Tuhan
Supaya mereka tumbang
Supaya mereka mampus
Maka kitalah yang patut memohonkan
Cebisan-cebisan doa-doa kita dikumpulkan menjadi satu
Supaya layak untuk mendapat pertolongan dariNya

Ya Allah
Tetapkanlah iman saudara-saudara kami di sana
Berikanlah mereka kekuatan
Berikanlah mereka sokongan 
Ya Allah......



Thursday, February 16, 2012

Cinta yang tertinggal 2

Aku yakin, akan ada cinta-cinta yang tertinggal di France. Sudah lama aku tidak merasakan, suatu perasaan yang membangkitkan jiwa, yang sudah lama tidak menghinggapi hatiku. Aku tidak menyangka, aku diberi peluang oleh Allah untuk memijakkan kaki ke bumi Abdul Rahman Al-Ghafiqi, walaupun tidak menyinggahi bandar Toulouse yang memahat sejarah pahlawan itu. Kali ini perjalanan ku hanya ke Grenoble dan Besancon, untuk bermalam, dan melalui bandar Lyon dan Paris. Bila difikirkan orang, 2 bandar ini sebenarnya bukanlah menjadi pilihan untuk pelancong, tidaklah terkenal seperti Paris, kenapalah nak pergi juga 2 bandar ini, dahlah tak terkenal, dahlah tak seronok, hanya pekan kecil sahaja. Namun bagiku, ada sesuatu yang menarik di sini, ada tangan-tangan yang hangat menghulur dan menyambut iman yang agak dingin dan statik. Ada insan-insan yang prihatin dan sentiasa memberikan kita harapan dan kekuatan.

1-Sebaik sahaja aku sampai di Gare de Lyon dari Aeroport, sebaik sahaja turun dari bas dan mengeluarkan beg besar dari bas, dalam kekalutan untuk membiasakan diri dengan cuaca dingin yang mencengkam, tidak lama menunggu tiba-tiba ada seorang ukhti menghulurkan salam, bersalaman setiap antara kami, sama-sama membantu menarik beg kami, membawa kami masuk ke dalam bangunan Gare de Lyon supaya kami tidak menggigil kesejukan. Menguruskan tiket-tiket TGV kami, berlari membelikan kebab yang sangat sedap dan banyak. Perasaan aku sama, seperti seorang ukhti, bila mana mereka berjaulah ke Kaherah dulu, bila di'post' ke muhafazah Iskandariah atau Mansurah (aku tak ingat yang mana satu), menaiki Tremco tanpa ada akhawat yang menemani, perasaan aku sama juga seperti ukhti itu. Rasa 'lost', tak tahu ke mana nak pergi, rasa bimbang takut-takut sesuatu terjadi pada diri, namun, bila mana ada ukhti yang tahu jalan, yang faham selok-belok sesuatu tempat menyebabkan aku menjadi sangat lega dan bersyukur kerana mempunyai akhawat. Perasaan itu juga sama semasa menaiki TGV dari Besancon ke Paris, bila mana sampai di sana, tidak tahu arah tuju, dan tiba-tiba ada ukhti yang datang menjemput, jauh dari Nancy, menemani kami ke mana sahaja arah tujuan di Paris. Menemankan kami sampailah ke airport, tidur bersama kami di sana, makan bersama dan menghantar kami dengan linangan air mata. Subhanallah, ya Allah. Harta-hartaku yang sangat bernilai adalah mempunyai akhawat yang perbuatan mereka, percakapan mereka, akhlak mereka yang sangat menyentuh perasaan, menurunkan keegoanku, melembutkan hatiku serta menambahkan keimananku kepada Allah dengan mengikuti segala yang baik dari mereka.

2-Mutabaah amal kami sangat banyak untuk jaulah kami, ditambahkan lagi dengan pengisian dan perkongsian daripada akhawat di sini, sebenarnya bukanlah dapat dihabiskan semua. Namun, aku kagumi akhawatku, berusaha sedaya-upaya untuk menghabiskan, walaupun tidak dapat menyudahkan tetapi memulakannya pun adalah cukup baik, mudah-mudahan Allah berikan kemudahan kepada kami semua untuk menghabiskan mutabaah amal kami dan moga ia menjadi bekal untuk bertahan dan juga untuk lebih maju dalam jalan ini.

3-Ada seorang ukhti yang sentiasa bersama kami, ke mana sahaja kami pergi, mendukung anak yang tercinta, dan dalam masa yang sama dalam kepala berputar segala macam perkara, membaca email dan membalasnya,   termasuklah nak menguruskan kami yang seramai 17 orang ini. Aku banyak sangat belajar dari ukhti ini, kesabarannya, kelembutannya, 'layan je kami ni', tanpa aku pernah lihat segaris kerutan di dahinya, sentiasa senyum dan ramah menyapa, tak kira sesiapa sahaja yang dijumpainya, adik baru ke adik lama ke, layanan yang diberikan pada semua yang dijumpainya membuatkan orang yang disapa merasa sangat istimewa. Dan aku banyak membandingkan dengan diri aku yang sebenarnya masih lagi tidak cukup. T______T

4-Aku sebenarnya kurang senang dan geram bila mana orang tempatan di sana, mereka tidak memahami Bahasa Inggeris (macamlah diri ini fasih sangat!) dan jarang sekali untuk menuturkan dalam perbualan. Rasa kecewa seketika, sebab tak dapat nak bermu'ayashah dengan mereka dengan baik. Ataupun sebenarnya aku yang perlu tahu bahasa mereka, tidak pun menguasai perkataan-perkataan yang selalu mereka pertuturkan. Hai....macam mana nak berdakwah pada orang asing, kalau tidak tahu bahasa mereka?

5-Aku gembira melihat jalan-jalan yang bersih, bangunan yang ceria dengan warna-warni, pengangkutan yang sangat tepat pada masanya, pendek kata, sangat banyak kemudahan yang penduduk di sini raih daripada kerajaan mereka. Cuma sayang dan sayangnya, bukan beragama islam, bukan beriman pada Allah. Di sini, aku melihat, islam di negara bukan islam. Sangat sayang !

6-Bila mana Allah campakkan kita di suatu kawasan, maka itulah yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk kita menguatkan lagi keimanan kita pada Allah. Bukan rezekiku di untuk belajar di France kerana rezekiku di Mesir. Aku ini sesuai untuk ditarbiyyah di Mesir, bukan di tempat lain. Setiap tempat ada kekuatan masing-masing, walaupun berlainan tempat, tetapi daripada cabang tarbiyyah yang sama.

7. Ukhuwwah antara kami perlu diselesaikan segera, banyak urusan yang akan tergendala kalau ukhuwwah tak mantap, lepas ini, kerja semakin berat.



Mudah-mudahan, aku menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Tak mahu lagi mengulang benda yang sama, kalau tidak jaulah ini hanyalah sia-sia sahaja. Wallahu'alam.

Sunday, February 12, 2012

Cinta yang tertinggal 1

L'ecole de medicine, pernah suatu ketika, aku teringin sangat untuk menjejakkan kakiku ke sana. Ini semua adalah hasil pentarbiyyahan daripada pembelajaran Bahasa Perancis suatu ketika dahulu, hinggakan aku begitu teruja untuk ke sana. Apakan daya, memang tidak ada penghantaran pelajar ke sana. Pada akhir tahun pengajian di tingkatan lima, tiba-tiba pendirianku berubah, jurusan kejuruteraan menjadi pilihan di hati, hanya kerana subjek Biologi yang susah untuk mendapat markah berbanding subjek Kimia dan Fizik. Dan kemungkinan tempat yang ingin dituju ialah Perancis atau Jerman.

Aku tidak berpeluang untuk ke sana mengenangkan insan yang aku sayangi memikirkan bahawa ada baiknya aku mengambil jurusan perubatan, memandangkan peluang pekerjaan yang mungkin terhad untuk perempuan. Menuruti kata abah dan ibu, maka ke Mesirlah aku. Impian untuk ke France dilupakan sementara, mungkin ada rezeki akan ke sana, dengan hadaf untuk melihat-lihat tempat orang.

Dan Allah masih lagi memberikan ruang dan peluang untuk aku ke sana, dan hadafnya bukan sahaja untuk melihat-lihat tempat orang, ditambahkan lagi dengan tujuan untuk mengenali akhawat di sana yang ditarbiyyah dari acuan yang sama, mengenali waqi' dakwah di sana, bawa balik kelebihan dakwah di France untuk menjadi pemangkin dakwah di Mesir dan lain-lain lagi. Subhanallah, banyaknya hadaf dan niat, mudah-mudahan semuanya terlaksana hendaknya.

Aku tahu peluang ini tak boleh disia-siakan begitu sahaja. Bertemu dengan akhawat-akhawat hebat di tempat lain akan mengajar banyak benda baru. Yakinlah, insyaAllah, akan ada sahaja benda baru yang Allah mahu ajarkan pada kita walaupun mungkin kita dah pernah ke tempat yang sama untuk kali kedua tapi tujuannya adalah lain! Kali pertama kita ke tempat itu untuk melihat-lihat tempat orang, dan bila mana ada peluang untuk ke tempat yang sama tetapi dengn hadaf yang lebih besar dan banyak, yakinlah bahawa Allah akan mudahkan urusan kita untuk mencapai segala hadaf yang dirancang.

Kita berjaulah bukan hanya untuk mengambil gambar dari pelbagai 'angle' yang menarik, kemudian, meng'upload' di fb, kemudian men'tag' orang lain. Kita juga bukan berjaulah untuk hanya membeli souvenir dan kemudiannya menghadiahkannya kepada orang-orang terdekat. Berjaulah perlu hadaf yang lebih besar, supaya jaulah kita lebih terisi dan mengesankan hati.

Dan bilamana balik dari berjaulah, maka bermuhasabahlah untuk setiap yang dilakukan. Adakah hadaf yang dirancang tercapai atau tidak. Jika ya, maka alhamdulillah, harapnya semangat dan keazaman yang lebih membara selepas jaulah dan jika tidak, maka itu adalah perancangan yang sebaiknya untuk kita, dan mungkin perlu diperbaiki lagi.

Selamat berjaulah! Semoga perjalanan kita ini menjadikan kita lebih dekat dengan Allah dan mendapat redhaNya, amiin.Wallahua'lam.




Tuesday, January 31, 2012

Dumyat oh dumyat....

Rasanya Ayu ke Dumyat, mengikuti program Rumah Negeri Sembilan ke sana, semasa kami berada di tahun 2 perubatan. Masa tu dengar Ayu bercerita best sangat, sebab dia kata, mereka semua ke tepi pantai di Dumyat dan mengutip kerang yang besar-besar dan gemuk (bestnya kerang!!!). Aku pula baru teringat setelah 4 hari di Dumyat, baru teringat kerang-kerang a.k.a. makhluk-makhluk kecil Ar-Rahman yang berzikir kepada Allah SWT di tepi pantai Dumyat. Tak sempat nak mengutip kerang-kerang atau sebenarnya memang tak pergi pun tepi pantai yang ada kerang-kerang tu T_T. Walaupun tak dapat mengutip kerang-kerang, namun aku diberi kesempatan untuk mengutip memori dan kenangan indah serta merasai kehangatan ukhuwah yang ditautkan oleh aqidah. WING 2012, menjadi saksi bahawa hati-hati ini bersatu untuk memikul beban dakwah ini, bersatu dalam menjalankan syariat Allah SWT di bumi ini, bersatu dalam perasaan izzah terhadap islam.

Aku belajar banyak perkara. Aku belajar bagaimana untuk menjadi ketua a.k.a. bonda kepada kumpulan kami iaitu Zainab Binti Abi Salamah. Aku sebenarnya lebih selesa untuk menjadi orang yang menerima arahan, aku tak kisah sekiranya diminta itu dan ini untuk dilaksanakan, namun bila mana diminta untuk mengarahkan orang lain untuk melakukan sesuatu, aku sangatlah risau untuk menyusahkan orang lain, bagiku, aku lebih suka untuk diriku melakukannya, biarkan aku yang buat benda tu. Tetapi bila menjadi bonda, aku belajar bagaimana untuk memberi arahan dan membahagikan kerja kepada ahli keluargaku.

"Aneeza, minta tolong ya masakkan nasi hari ni, "
"Kak Yam, boleh ke akak ambikkan lauk?"
"Azlina, boleh ke bawakkan jug air nanti?"
"Yusraa ada ke minyak angin ke, balm ke, boleh tak bawak nanti?"
"Maisarah boleh ke ambikkan kunci bilik?"
"Mena, nanti jangan lupa ya turun untuk qiam pukul 4 pagi"
"Shae, boleh ke tanya orang dapur ada tak lauk lebih?"

Masih teringat semasa mendapat nama-nama ahli keluarga Zainab Binti Abi Salamah dan perlu menghubungi mereka, risau juga, sebab ada yang tidak kenal, namun Allah, pemegang hati-hati manusia memudahkan segala urusan. Segalanya alhamdulillah, cuma, 4 hari sebenarnya masih belum cukup untuk menyelami dan memahami hati-hati manusia, apatah lagi setahun, dua tahun, malah lima tahun, atau 10 tahun! Mudah-mudahan, aku diberi peluang lagi untuk bertemu dengan mereka semua. Betapa ukhuwah yang diikat dengan aqidah adalah hubungan yang kuat kerana tapaknya atau dasarnya adalah keimanan kepada Allah SWT.

Daripada WING ini lagi, aku berharap aku menjadi hamba Allah yang lebih baik selepas ini. Bila mana sesi LDK 10 Muwasafat Tarbiyyah dibentangkan kepada ahli keluarga, dalam masa yang sama, ku muhasabahkan diri ini. Tidak ingat sudah berapa kali aku mendengar istilah ini, namun Allah masih lagi memberikanku peluang untuk meneliti semula setiap sifat dalam 10 muwasafat tarbiyah berkenaan. Setiap individu muslim perlu ada 10 muwasafat ini, perlu berusaha untuk mengusai 10 muwasafat tarbiyah, memang susah sebenarnya, tetapi sebagai hamba kita perlu berusaha keras untuk melaksanakannya. Secara idealnya, setelah 10 muwasafat dihadam dan diamalkan, kemudian individu muslim itu akan menaiki satu persatu tangga-tangga maratib amal.

Bertemu dengan makhluk-makhluk Allah S.W.T yang juga mencintaiNya adalah satu yang amat menyentuh jiwaku juga, Dari jauh ataupun dekat, dari Tanta, dari Mansurah,  masing-masing mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T serta mentautkan hati ke hati bersama kerana Allah S.W.T. Semakin ramai yang perlu dikenali, kerana apabila hubungan aqidah adalah lebih kuat daripada ikatan-ikatan yang lain, semakin banyak hati-hati yang perlu disentuh dan disantuni.

Lagi satu perkara menarik ialah, apabila ada seorang ukhti dari Korea, turut sama mneyertai kami di sini, subhanallah. 'Daripada meminati artis Korea, baik kita meminati akhawat Korea', begitulah status fb seorang ukhti kami ^_^

Ketika explorace, sangatlah menguji, jauh sungguh antara satu check point ke check point seterusnya, macam main amazing race pulak tapi naik tremco jelah, dan bila mana sampai di satu check point, ada yang suruh buat ceritalah, ada yang suruh kutip keranglah, ada yang suruh pegang belin dengan satu jari pastu jalan sama-sama sampai naik tangga masjid, macam-macam benda yang disuruh, sepertimana kita mendapat arahan Allah, kadang-kadang macam takde point, tapi sebenarnya itulah, kalau Allah suruh buat sesuatu maka buatlah, bila diminta tinggalkan sesuatu maka tinggalkanlah.

Jzakunnallahu khairan kathira kepada semua AJK, kepada anak-anak bonda, Anneza, Siti Nur Azlina, Amalina, Kak Maryam, Shaera, Yusraa, Raja Maisarah, kepada insan jauh tapi dekat, Izzah Syafiqah, Farah, dan Hidayah Razak, kepada semua akhawat yang turut serta dalam WING 2012 ^_^

Alhamdulilllah, 4 hari yang terisi, mudah-mudahan Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk menyertai lagi, thabat lagi di jalan ini, menjadi individu muslim yang lebih baik, yang sentiasa menonjolkan diri di hadapanNya, dan mempunyai cita-cita yang tertinggi untuk mendapatkan syurgaNya yang tertinggi dan cintaNya. ^_^


Monday, January 9, 2012

Blog-blog lama yang dah tak ingat password....

Hingga ke akhirnya....

Aku tidak ingat, malah sudah tidak menghitung berapa kali aku telah menyertai ISK (Ini Sejarah Kita), atau OYEH (Open your Eyes), atau TLK (The Lost Kingdom) atau nama-nama lain yang telah dikomersialkan. Sama ada aku menjadi penyampai, atau menjadi AJK lain, atau aku menjadi fasilitator, sama-sama menyelit dengan adik-adik, memberikan penerangan dan pencerahan sambil-sambil mendengar dengan khusyuk. Sama ada di Malaysia mahupun di Mesir. Sama ada sehari atau dua hari programnya. Hanya setakat ini sahaja pengalamanku, dan pengalaman ini masih belum dapat menyamai akhawat yang sudah senior, mungkin juga tidak sampai bila-bila tidak akan dapat menyamai, kerana bila mana aku sudah mencapai tahap mereka sekarang ini, mereka pula semakin bertambah laju dan semakin berpengalaman. Harapnya semangat aku tidak luntur, harapnya aku thabat di jalan ini..amiin.

Cuti hujung minggu ini, seperti biasa ku akan bermusafir ke muhafazah, menaiki keretapi, sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 3 jam atau 3 jam setengah, tetapi kali ini, keretapi masih tidak bergerak walaupun sudah 2 jam masuk ke dalam keretapi. Semakin ramai pula penumpang yang berdiri, memenuhi ruang antara tempat duduk dalam keretapi. Mula terbayang memikirkan kalau tidak ada pengudaraan atau ventilation, maka akan senanglah droplet infection berlaku, siapa-siapa yang bersin atau batuk, senang sahaja bacteria atau viral infection berlaku, ditambah lagi dengan musim sejuk, tidak memungkinkan untuk penghawa dingin dihidupkan, semakin bertambah teruk bila ada manusia-manusia yang tidak memikirkan kesihatan orang lain apabila mereka merokok sesuka hati, tidak mengira masa. Semakin ramai manusia-manusia yang berdiri, mungkin sahaja akan menyesakkan pernafasan. Ada juga yang duduk di jalan antara dua kerusi, orang Arab, mereka besar, bila duduk sahaja antara dua jalan, dah tak boleh lalu dah jalan.

Allahhhh....kalaulah tidak sabar maka mungkin minggu ini aku tidak ke sana, kalaulah tidak bersabar maka aku tidak dapat mengenali wanita-wanita syurga yang baru aku kenal, kalaulah tidak bersabar maka mungkin semangat aku akan sentiasa mendatar untuk minggu ini. Tetapi, walaubagaimanapun, Allah yang memudahkan segalanya. Alhamdulillah setelah 2 jam, akhirnya keretapi pun bergerak.Laungan Alhamdulillah dan Lailahaillallah kedengaran. Setelah kira-kira 30 minit atau 1jam bergerak, tiba-tiba keretapi berhenti semula, dalam masa 20 minit kemudian bergerak kembali. Manusia-manusia semakin bising menghangatkan lagi suasana, mengomen2, kenapalah tak bergerak-gerak keretapi ni? Ada pakcik yang sedang menelefon kawannya barangkali, Al-itar da, ma biyamshih, wala kilo, wala metr, wala centi....masyaAllah! Aku, membelek-belek buku perubatan, menanda dengan highlighter, menconteng dengan pensel, maklumlah imtihan  sudah dekat. Moga Allah menerima  persediaanku ini. Amiin.

Teringat, ada seorang ikhwah, bagu tugasan pada anak-anak usrahnya, dia suruh anak-anak usrahnya naik komuter atau jumpa orang dan tanya dia tentang islam. Perlu juga berbuat sebegitu pada orang sebelahku. Sebabnya, hanya pada masa itu sahajalah 'timeline' kita sama dengan mereka, mungkin lepas ni dah tak dapat jumpa lagi. Kalau Allah tanya nanti, kenapa kita tak sampaikan islam pada orang yang di sebelah kita, macam mana nak jawab tu?Orang di sebelahku, seorang perempuan. Sekali-sekala, membetulkan kedudukannya di kerusi, Heba, 18 tahun, belajar di Universiti Kaherah (tak ingat jurusan apa), pulang berjumpa dengan keluarga selama seminggu dan akan kembali ke Kaherah untuk menghadapi peperiksaan. Gambar SRK terpampang di halaman depan handsetnya, dia tanya,' awak kenal ke Shah Rukh Khan?', 'tahulah...cerita KKKG, cerita Mohabbatien, dan dia sangat terkejut dan dia tanya, 'awak ada cerita Mohabbatien?', 'Of course takde'. Jahiliyyah lama-lama dulu. Kesian dia. 'Cuma saya ada cerita tentang perang, tentang Salahuddin, tentang Muhammad Al-Fateh', dan dia hanya gelak. Aku katakan padanya, sebab kenapa aku tak tengok cerita-cerita macam tu, kerana aku tidak ada masa, sebab ambil perubatan (mungkin juga masa tu aku tak terfikir ayat arab yang bagus supaya maklumat dapat disampaikan dengan jelas).

Tak lama kemudian, keretapi berhenti kembali, selama 15 minit kemudian meluncur laju lagi. Tidak ada berhenti-berhenti dah. Rasa mengantuk, tak sedar tertidur dan orang di sebelahku menutupkan bukuku. Bila sedar, sudah hampir dengan stesen. Manakala orang di sebelah, dia akan turun ke stesen yang berikutnya. Kami bersalam dan mengucap selamat tinggal. Sepatutnya malam ini bulatan gembira bakal berlaku, namun disebabkan perkara-perkara tertentu, maka bulatan gembira perlu ditangguhkan ke hari yang lain. Namun, aku tidak lupa, insan-insan yang tidur pada pukul 2 atau 3 pagi untuk memastikan semua yang diperlukan pada keesokan harinya mencukupi dan sempurna. Moga Allah memberkati mereka dan menerima amalan mereka...amiin ya Rabb.

Maka bermulalah TLK pada keesokan harinya. Berjumpa dengan ramai insan yang pelbagai latar belakang, ada yang sedang mencari-cari tarbiyyah, ada yang bersih dan suci hatinya, ada yang sudah mendapat tarbiyyah dan mahu lebih lagi memantapkan diri. Subhanallah, semua ini memberikan aku kekuatan untuk terus bergerak dan bergerak. Seperti Abdullah bin Ummi Maktum yang mencari-cari Rasulullah. Mereka ini adalah prioriti kita kerana mereka menginginkan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka. Pada mulanya, diriku seperti juga mereka, malah mungkin lebih teruk lagi. Setelah disinari tarbiyyah selama 5 tahun, aku harapkan agar ada sesuatu yang telah ku baiki supaya diri ini menjadi hamba Allah yang baik....harap sangat...T_T

Perjalanan program alhamdulillah, cuma mungkin ada sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki. Kita berkerja dalam satu pasukan, jadi ada peraturannya, ada yang perlu dipatuhi, ada yang perlu dijauhi. InsyaAllah, kita akan belajar dan belajar lagi. Jangan risau. Aku faham bahawa untuk mengalahkan kebatilan, kita perlukan perancangan yang tersusun rapi, kerana kebatilan sekarang ini, mereka juga mempunyai strategi, malah lebih hebat daripada kita yang memperjuangkan kebenaran ini. Maka, segala kekurangan perlu dikenalpasti dan dibaiki dengan seberapa pantas. Moga Allah membantu kami...amiin.

Perjalanan kami pulang ke Kaherah juga diuji, tertinggal keretapi, kami bersepakat untuk memilih Tremco, di pertengahan jalan, ada sesuatu yang pecah, bau minyak menusuk hidung, Tremco tidak dapat bergerak, setiap kali berjalan, tidak lama kemudian perlu berhenti.Alhamdulillah kami menumpang Tremco lain, dan alhamdulillah selamat sampai di rumah.

Kalaulah tidak kerana keredhaanMu dalam setiap tindakanku, aku tidak akan menyusahkan diriku untuk semua ini, ya Allah. Aku tahu, Kau akan banyak mengujiku lagi dan lagi. Setiap kali aku katakan aku mampu menempuhi jalan yang sukar ini, setiap kali itu juga Kau akan menguji dan terus menguji. Aku tahu dalam surat cintaMu, Kau katakan yang Kau mahu mengetahui di antara manusia yang ada di dunia ini, siapa yang bersungguh-sungguh jihadnya, siapa yang bersungguh dalam amalnya, siapa yang ikhlas dalam setiap perlakuannya. Maka ya Allah, terimalah segala apa yang aku lakukan, redhailah jiwa ini, berikanlah kekuatan iman kepadaku, sampai bila-bila, hingga ke akhirnya...amiin.

http://www.youtube.com/watch?v=VoT1zg7Dygw

Saturday, December 17, 2011

Ekspresi hadis satu....

Setelah membentangkan hadis satu kepada adik-adik menyebabkan aku termangu-mangu sendirian berfikir. Dalam hadis satu dalam kitab Imam Nawawi ada mengatakan bahawa kita dalam apa jua tindakan kita perlu dimulakan dengan niat. Niat sangat penting supaya adat yang selalu dilakukan berubah menjadi ibadah. Adat seperti makan, mandi, gosok gigi, memasak, gosok baju dan lain-lain, kalau kita mahukannya ia menjadi ibadah maka kita perlu niatkannya kerana Allah S.W.T. Di samping itu juga, dalam keadaan kita sekarang, kita perlu hijrahkan niat kita untuk niatkan apa-apa yang kita lakukan ini untuk sebarkan dakwah Allah S.W.T, untuk sebarkan islam kepada semua manusia. Makanya, dalam setiap perbuatan kita, pakai baju sebab nak keluar pergi sebarkan dakwah, minum air banyak-banyak sebab nanti sihat lepas tu boleh pergi dakwah, semuanya adalah kerana dakwah. Kadang, untuk meniatkan setiap perkara kerana Allah pun kadang teringat kadang tidak, apatah lagi untuk menjadikan seluruh kehidupan kita adalah untuk dakwah. Tetapi, betapa perlunya untuk memastikan kehidupan kita semuanya berputar pada paksi kerana dakwah kepada Allah itu sendiri. Kerana bila mana kita niatkan kerana dakwah maka kita ada matlamat untuk setiap kehidupan kita. Bimbang kalau-kalau di akhirat kelak, akaun pahala kita tidak terisi penuh, banyak ruang kosong atau mungkin tidak berbaki langsung. Ya Allah....bayangkan kalau tidak akaun pahala kita kosong. Padahal rasanya dah berpenat lelah dah di dunia, tetapi adakah ianya untuk menyampaikan islam itu sendiri? Takutkan, kalau kita dah bermati-matian, penat ke sana, penat ke sini, tapi masa menuai pahala, kita tiada sebenarnya tiada apa-apa. Sebab itu, kehidupan kita tidak boleh main-main, gelak banyak-banyak matikan hati (suka sangat gelak),  bila hati mati, susah nak ingat benda baik, sebab itu jugalah lupa nak niat kerana dakwah kepada Allah. Kena pastikan setiap 24 jam tiada jahiliyyah yang melekat, hanya yang berkaitan islam sahaja yang dibuat.

Dan yang paling penting, sebab aku telah memberi pada adik-adik, takkan aku yang telah bercakap dan menyampaikan tak lakukan sama, tak amalkan sama, membiarkan adik-adik menjadi semakin baik sedangkan aku masih di takuk lama. Tadabbur ayat (61:2-3)

Satu lagi yang menarik perhatianku adalah apabila melihat qudwah yang aku sangat suka (suka sangat-sangat), iaitu Saidina Umar Al-Khattab, beliau yang meriwayatkan hadis ini. Bagaimana seorang yang bengis dan ganas kepada orang Muslimin, menjadi orang yang bengis dan ganas kepada orang musyrikin, bagaimana Saidina Umar dapat berubah sekelip mata, '180 degree', berubah 'totally'. Sejahil-jahil kita takdelah kita nak membunuh kanak-kanak, sepertimana Saidina Umar menanam anak perempuannya ke dalam tanah hidup-hidup, sejahil-jahil kita takdelah kita nak membenci Rasulullah, sepertimana Saidina Umar membenci hingga hendak membunuh kekasih Allah itu. Memberi pengajaran padaku, kalau Saidina Umar boleh berubah, masakan aku tidak boleh berubah, aku kena berubah, aku perlu pastikan aku akan berubah, insyaAllah!

Tidak boleh begitu, aku pun perlu berubah juga, menjadi yang lebih baik, aku mesti berubah!

Monday, December 12, 2011

Masa semakin suntuk...

Masa semakin pantas berlalu. Meninggalkan kita, manusia, tertinggal jauh di belakang. Tak sempat untuk mengejar masa yang tak 'menyempat-nyempat' pergi berlalu begitu sahaja. Masa tidak akan rugi kerana dia menunaikan tanggungjawab dia yang sebenar, iaitu sentiasa berjalan dan berjalan. Hanya, kita iaitu manusia, yang perlu mengejar masa yang pantas berlari. Setiap masa, setiap ketika ada sahaja urusan manusia. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tetapi malangnya masa tidak menunggu kita dalam menyelesaikan urusan manusia. Hanya orang yang sedar keberadaan dia di dunia ini kerana apa, hanya mereka yang faham tujuan dia diciptakan Tuhan di muka bumi ini tahu, hanya manusia yang Tuhan kata beriman dan beramal soleh sahaja yang ingat bahawa mereka sendiri perlu mengejar masa.

Aku merasakan bahawa hidup ini terlalu suntuk. Kehidupan ku kini, bila di tahun 5 perubatan, semakin sukar. Mula sekolah di hospital pada pukul 7 pagi hingga 2 petang. Kemudian, setelah pukul 2 petang, baru urusan-urusan yang lain pula, seperti usrah, meeting, kelas tafsir, kelas arab, baca buku perubatan, baca buku lain-lain, hafal quran, lengkapkan mutabaah amal seharian, dengar recording, telefon adik-adik, update blog. Ya Allah....kadang-kadang aku rasakan dadaku sempit, tak sempat bernafas untuk kali yang kedua, tercungap-cungap, 'hyperventilation washing all the CO2'. Sungguh banyak kerja, dan masa pula semakin suntuk. Dan ajal pula menunggu-nunggu setiap hari. Sungguh mencabar untuk menjadi individu muslim yang hebat. Dan ini semua adalah keadaan sebelum aku bekerja, sebelum aku berkeluarga.

Tapi aku tahu, aku perlu memecut laju. Setiap ruang dan masa, tidak boleh dibazirkan. Aku dah tak boleh buang masa, kena kurangkan 'habit-habit' yang kurang berfaedah. Cepatkan pembinaan diri. Adik-adik dah besar, tak boleh main-main lagi. Semakin cepat bina diri, semakin cepat sampai ke ustaziyatul alam. Perlu cepat-cepat.

Friday, December 2, 2011

Mencetak manusia...

Kita akan berusaha sedaya-upaya kita untuk menyebarkan islam kepada semua orang. Semua orang di dunia ini perlu mendengar kalimah tauhid ini. Semua orang di dunia perlu tahu islam yang kita bawa. Walaupun sempadan geografi memisahkan negara-negara kini. Bagaimana pada zaman dahulu,  nabi dan para sahabat, para tabiin, dan tabi' tabiin, muslimin menghantar para utusan untuk menawarkan islam kepada pemerintah negara-negara, jika tidak diterima maka dikehendaki membayar jizyah, jika tidak diterima maka akan diperangi habis-habisan, bukan kerana ingin menjajah negara, bukan kerana ingin menguasai negara, bukan kerana tamakkan harta dan kekayaan, tapi kerana bimbang penduduk negara tersebut tidak mendengar tentang islam. 

'Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang zalim.' (2:193)

Fitnah di sini, adalah apa-apa yang menghalang dakwah itu disampaikan, apa-apa sahaja. Dan bila mana dakwah itu dihalang, maka akan berbuat apa sahaja supaya semua orang mendengar islam yang kita bawa. 

Dakwah kita bukan hanya sekadar dakwah, tetapi ada 'follow-up', ada pendidikan, ada tarbiyyah yang akan mengikuti dakwah yang dibuat, bila mana kita telah mendakwahkan manusia, kemudian bila dia menerima dakwah kita, barulah kita mentarbiyyah mereka. Kita bukan hanya sekadar dakwah, dan dakwah, bukan hanya sekadar menebarkan jalan sahaja, tetapi bila mana ada manusia yang menyukai dakwah kita maka bermulalah proses mentarbiyyah mereka, bermulalah proses membentuk mereka. Membentuk apa? mentarbiyyah apa? untuk membentuk individu muslim, untuk membentuk qaedah sulbah, yang mana akan cukup 10 muwasafat tarbiyyah, dan akan menaiki satu demi satu tangga sebelum sampai ke ustaziyatul alam. 

Pernah sekali, ketika Saidina Umar dan sahabat-sahabat sedang duduk di dalam sebuah bilik, Saidina Umar bertanya, "Bermimpilah!".

Salah seorang sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan harta yang banyak, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Kemudian Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Kemudian, seorang lagi sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Sahabat berkata, "Wahai Amirul Mukminin, kami tak tahu apa yang ingin diimpikan lagi. Engkau mahukan bilik ini dipenuhi dengan apa?"

Saidina Umar menjawab, "Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”

Bagaimana Saidina Umar mengimpikan bahawa bilik itu dipenuhi dengan rijal-rijal yang mantap amalnya dan sumbangannya untu islam, mereka yang memenuhi hadis logam. Kerana rijal-rijal itu adalah orang yang penting untuk dakwah, pemuda yang akan memikul beban dakwah di bahu mereka. 

Sebagaimana Hasan Al-Banna apabila ditanya mengapa dia tidak menghasilkan tulisan-tulisan atau makalah, buat tatapan ahli Ikhwanul Muslimin, maka jawapannya aku tidak mencetak kitab, tetapi aku mencetak manusia.

Mencetak manusia bukanlah proses sehari dua, makan masa bertahun lamanya, butuhkan kesabaran, kemahuan, dan strategi.Moga Allah memberkati usaha kita selama mencetak manusia-manusia ini. 



Wednesday, November 30, 2011

Sudahkah kita menjadi individu muslim yang hebat?

Musim sejuk di Mesir semakin memuncak. Semakin lama semakin bertambah sejuknya. Sudah mula memakai baju sejuk, mandi guna air panas yang dipanaskan oleh sakhanah, dan mula guna difayah dalam bilik, dah mula keluarkan lihaf dari beg lihaf, dah mula pakai sarung tangan dan menjadi membuat minuman panas seperti tea, kopi, mocha atau 'hot chocolate' untuk memanaskan badan. Selalu sangat rasa lapar dan alhamdulillah masih mampu membeli makanan dan berusaha memenuhi permintaan perut. Musim sejuk sangat menyamankan, redup, tak panas, tak berpeluh....subhanallah itulah musim sejuk. Cuma kadang-kadang, bila terpaksa untuk keluar pada waktu malam,pergi travel ke tempat lain, pergi kelas tafsir, pergi rumah RI lain untuk usrah, angin kuat dan sejuk acap kali menampar-nampar pipi, sejuk, rasa tak tahan, menggeletar. Sedangkan nabi dan para sahabat dulu pergi berperang semasa musim sejuk. Tak dapat membayangkan, pada zaman dahulu, tiada sakhanah untuk memanaskan air, tiada difayah yang bila mana kita tidur tak rasa pun sejuk, tiada pun lihaf yang tebal kerana orang muslimin dulu  di antara mereka tak ramai pun yang kaya dan mampu membeli lihaf yang tebal. Dan kita tahu pada masa itu, bekalan makanan semakin habis, kerana orang muslimin hanya berkubu di Madinah dan mereka dikelilingi dengan parit yang besar dan dalam. Mereka tiada wang yang banyak untuk membeli pakaian yang tebal, mereka yang kita kenali sangat bersyukur walaupun hanya ada 2 helai jubah yang bagi kita jumlahnya sangat sedikit,  malah mungkin mereka juga tidak mengenal apa itu sarung tangan yang boleh mengelakkan daripada rasa sejuk. Perang Khandak mengajar nabi dan para sahabat supaya dalam apa pun keadaan, dalam menghadapi apa jua halangan, ikhlas hanya kerana Allah adalah yang paling utama. Maka kita bagaimana? Tarbiyyah itu sangat mengajar mereka untuk tadhiyyah, untuk tawadhu', untuk menjadi warak, untuk sentiasa bersyukur dan lain-lain lagi muwasafat yang telah terbentuk dalam diri mereka. Maka kita ini, sudah ditarbiyyah dengan agak lama, adakah sudah terbentuk muwasafat tarbiyyah itu dalam diri kita? Sepatutnya, bila ditarbiyyah, kita kena mengalami perubahan. Tarbiyyah ini mengajarku untuk menjadi individu muslim yang sangat hebat. Dalam tarbiyyah ini, aku berjumpa dengan pelbagai macam orang dan mereka semua ada logam masing-masing, sehinggakan aku sendiri merasa hasad dengan mereka (bukan hasad dengki tau, hasad yang baik). Ada akhawat yang dapat menguasai hafazan Al-Quran dengan cemerlang sekali, ada akhawat yang mengusai Bahasa Arab dengan hebat, ada akhawat yang sangat hebat dalam akademiknya, ada akhawat yang pandai sangat memasak, ada akhawat yang sangat pandai melayan adik-adik dan adik-adik pun suka pada dia, ada akhawat yang sangat ringan tulang untuk menjadi ajk kebersihan setiap kali habis program besar dan lain-lain lagi. Hati kecilku berkata, untuk menjadi individu muslim, aku kena jadi seperti mana kelebihan-kelebihan semua orang itu, aku perlu, aku perlu. Tetapi ada ketikanya aku merasa payah, letih dan penat untuk menjadi semua orang. Adakah aku ini terlalu mengejar kesempurnaan, padahal semua manusia itu setiapnya ada kelebihan yang hanya khusus buatnya, dan kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. Aku sangat faham bahawa kelebihan pada orang A akan menampung kekurangan orang B. Mungkin yang aku boleh simpulkan di sini:-

1-Aku perlu juga berusaha ke arah kesempurnaan itu, walaupun pada akhirnya aku takkan dapat juga menjadi sempurna asalkan niat aku ikhlas dan mahukan redha dari Allah.
2-Aku kena cari logam atau kelebihan aku sendiri untuk kepentingan ummat.
3-Aku kena kenal pasti kekurangan aku supaya boleh baiki.
4-Aku akan berusaha membantu orang lain dengan kelebihan yang aku ada.

Wallahu'alam....

Friday, November 11, 2011

S & S

Bismillahirrahmanirrahim....
Salam dakwah, tarbiyah dan imtihan untuk semua....

S & S- Sihat dan sakit     

Kita semua tahu bahawa bila mana kita sihat, kita dapat buat bermacam-macam perkara, dan yang paling penting sekali, kita buat apa yang Allah suka, kita beribadah banyak-banyak padaNya, itu yang paling penting. Jangan...jangan sekali-kali buat perkara yang Allah tak suka, sebab akan datang pula masa kita sakit. Bila mana kita sakit, susah kita nak buat macam-macam benda. Pergi sana tak larat, pergi sini tak larat, bagaimana dengan dakwah kita? dan bagaimana pula dengan study kita?



Aku tak tahu nak cakap apa, bila mana akhawatku selalu sakit...kasihan aku melihatnya....aku kasihan pada study dia, bila mana dia diperlukan tetapi tiba-tiba Allah tarik balik nikmat kesihatan. Tiba-tiba sahaja. Allah selalu mengujinya. Aku faham, mungkin setiap kali dia sakit, setiap kali diuji, dosanya diampunkan, darjatnya ditingkatkan dan aku tahu bahawa akhawatku itu telah menghadapi ujian itu dengan tabah dan sabar hatinya. Manakala aku, yang jarang diuji dengan kesihatan, rasa kurang teruji, asyik rasa gembira sahaja, tidak nampak petanda telah buat dosa...takut-takut Allah telah lupa pada kita, sebab kita yang selalu lupa padaNya....Ya Allah...Ya Rahman ...Ya Rahim....aku bukannya kuat sangat untuk hadapi ujianMu, tapi kadang-kadang, ujian itu perlu...untuk lihat dimana tahapan imanku...T_T

Monday, November 7, 2011

ku mohon...

di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

Saturday, November 5, 2011

Bebelan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam dakwah dan tarbiyah untuk semua....

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....
Allah masih berikan ruang dan peluang dan kesihatan yang baik, masih berpeluang untuk melihat adik-adik yang jauh dan dekat. Aku sangat terkesan, sangat terkilan, dan betul-betul merasakan bahawa kesihatan itu sangat penting, sangat diperlukan. Bila mana kita berjalan jauh, berjam-jam dalam keretapi atau bas atau 'tremco', kaki 'cramp' tak bergerak, sakit pinggang dan pening kepala, tidak kurang juga yang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti migrain ( kenal sangat siapa akhawat ni), semput ( ni pun kenal juga)....aku merasakan sedihnyaaaa, susahnyaaa diaaa. Walaupun mereka ada penyakit-penyakit dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, tetapi semangatnya mereka untuk melihat adik-adik, tak fikir apa yang akan jadi pada mereka, tetap meneruskan niat untuk melihat adik-adik, melihat mereka, membantu mereka, berbincang dengan mereka, ber'qadhaya' dengan mereka, tak kira malam atau siang, tak kira tidur lewat atau makan lambat, asalkan kehendak dan keperluan adik-adik dipenuhi. Maka aku, yang masih sihat, yang sepatutnya lebih bersemangat dari mereka, lebih kuat dari mereka, lebih berusaha dari mereka, menjadi sebaliknya. Malunya....tersangatlah malu....Maka Allah akan mempersoalkan apa yang aku telah buat dengan kesihatan yang baik ini.

Maka kita pula tanggungjawab kita semakin banyak, setiap tahun semakin bertambah ramai manusia yang berada di bawah tanggungan kita (ini masih satu negara, belum banyak-banyak negara lagi). Adik-adik perlukan belaian, sentuhan, pengisian dan buah fikiran. Setiap kali berjumpa, bercium dan memeluk erat mereka, terasa rindu untuk memeluk mereka lagi. Adik-adik semakin membesar dan akan menjadi murabbiah untuk orang lain pula. Adik-adik yang akan ke serata dunia untuk menyebarkan islam ini kepada semua. Itu semua impian dan harapan kita. Untuk merealisasikannnya, memerlukan kita, murabbiah-murabbiah yang tidak berkira masa dan duit (terasanya), masa tidur dan masa makan, untuk memberi segala apa yang kita ada, supaya adik-adik membesar dengan sihat, cukup penuh sifat 10 Muwasafat, menjadi Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Fatimah, Aisyah, Khadijah yang baru.
Perjalanan yang lama ke destinasi yang jauh kadang-kala membenarkan aku untuk berfikir panjang, apa yang perlu diberi, apa yang adik-adik perlukan, apa yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang, bila terlampau letih, tergolek, tertidur, tanpa berfikir satu apa pun, padahal nabi kita dulu, tiada masa untuk tidur, makan hanya ala kadar, kerana lebih bimbangkan apa yang terjadi pada umatnya.

Kita, selalu merungut-rungut perkara-perkara yang kecil, itu tak kena, ini tak kena. Padahal, sebenarnya, banyak lagi yang perlu diselesaikan, banyak lagi masalah yang perlu dilihat, banyak lagi masalah yang lebih besar menunggu kita. Kita sebenarnya, tiada masa untuk itu.

Kita semuanya pelajar juga, memang benar belajar itu susah. Kita selalu rasa 'confuse' nak dahulukan yang mana satu, dan kita kadang-kadang mendahulukan belajar dari dakwah. Yang pastinya, dakwah itu no. 1 tapi belajar itu bukan no.2, kerana bila belajar kita, kita akan berjaya dan menjadi orang yang berjaya, bukankah itu satu tiket untuk kita berdakwah juga?

Kita, bila lapar, nak makan banyak, tak cukup, nak banyak juga makan. Nabi kita dulu, lapar juga, siap ikat batu di perut malah batu yang nabi ikat lebih banyak dari sahabat, sahabat sendiri malu, kita patutnya lagilah malu. Lapar-lapar pun, dakwah buat juga, kita?

Banyak lagi sebenarnya, perkara-perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan kita, kecil sahaja, tapi kita rasakan impaknya sangat besar bagi kita. Kita bukan lagi manusia yang masih lagi bermain dengan alat permainan, kita perlu berfikir lebih jauh dan jauh, kita sudah besar. Dari sehari ke sehari, masalah ummah semakin bertambah.

Aku sangat terkesan dengan ayat ini...

" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah, "kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit"  (9:38)

Apabila dikatakan kepada kamu supaya berangkatlah, tetapi tiba-tiba kamu berasa berat, rasa nak melekat di bumi, tak nak tinggalkan tempat tidur, tak nak tinggalkan bilik kita, tak nak tinggalkan alat permainan kita, kamu ini seolah-olah redha dengan kehidupan dunia yang tiada apa-apa ini. Maka balasan Allah pada ayat seterusnya...

" Jika kamu tidak berangkat (Untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (9:39)

Ya Allah, tambahkanlah keimanan dalam hatiku untuk menghadapi semua ini, thabatkanlah hati dan jiwa ini dalam jalan ini, berkati dan redhailah setiap apa yang aku lakukan ya Allah, bantulah kami .....amiin



<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/Ql6MoRb7QwA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>







Saturday, October 29, 2011

Kerana dakwah itu amat aku perlukan...

Aku tahu kalian berdua bimbang
Aku tahu kalian berdua risau
Aku tahu kalian berdua tak tenteram

Kerna apa?

Risaukan kesihatanku
Risaukan keselamatanku
Risaukan pembelajaranku
Risaukan masaku

Aku tahu kalian berusaha memahami
Aku tahu kalian berusaha mengenali
Aku tahu kalian berusaha mengenalpasti

Apa dia?

Apa yang aku lakukan ini
Apa yang aku susah payahkan ini
Apa yang aku imani ini

Dakwah ini
Tarbiyah ini
Jalan ini

Aku teringin
Suatu hari nanti
Kalian berdua memahami
Dan harapnya
Dapat mengikuti
Apa yang aku lakukan ini

Jangan risau
Jangan gundah
Jangan bimbang

Tolong doakan anakmu
Tolong doakan anakmu
Tolong doakan anakmu

Doakan aku sihat
Doakan aku kuat
Doakan aku bijak
Doakan aku thabat

Itu sudah cukup untuk membuatkan aku tenang dan bahagia
Kerana doa kalian berdua
Sangat mustajab untuk Tuhan perkenankannya

Ibu dan abah
Terima kasih kerana memahami anakmu
Maaf dan maaf dari anakmu T________T

Sunday, October 16, 2011

Obsesi ke syurga...^_^

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Salam dakwah dan tarbiyyah dari bumi Anbiya Mesir..

Tajuk hari ini ialah obsesi. Apa itu obsesi? Obsesi yang kita faham ialah sesuatu yang sentiasa menganggu atau menghantui fikiran seseorang atau keadaan terlalu memikirkan sesuatu, dapat dari sana. Bahasa mudahnya kita terlalu suka dan asyik untuk sesuatu yang kita sangat suka. Contoh yang boleh kita bawa, Qarun, yang hidup di zaman Nabi Musa A.S. terlalu obses pada harta dan kedudukan. Kisah Qarun diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran dalam surah yang ke 28 ayat 76 dan 79,

" Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, " Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."  

" Dia (Qarun) berkata, " Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. " Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka."


Sebagai manusia biasa, kita ada perasaan obses pada sesuatu benda....betul tak? Tetapi, bila mana dikatakan manusia biasa, maka obsesnya adalah biasa-biasa sahaja. Tetapi tidak bagi manusia luar biasa imannya, maka obsesinya pun luar biasa, dia sangat berbeza dengan manusia biasa, dia tidak akan meletakkan obsesinya pada perkara-perkara yang biasa-biasa sahaja. Jika tidak, dia tidak ada perbezaan (tamayyuz) dengan manusia biasa.

Nampak macam susah tapi itulah hakikatnya. Tetapi bila mana seseorang itu sudah obses kepada perkara yang sepatutnya, maka itu yang lebih baik bagi dirinya. Kita mahukan syurga tetapi kita tidak obses pada perkara-perkara yang membawa kita ke syurga, macam mana tu? kita mahukan redhaNya, tetapi malas dalam melaksanakan apa yang diperintahkanNya, susahlah kalau begini?

Sahabat nabi Anas Ibn An-Nadhr r.a, sangat terkilan kerana tidak menyertai peperangan Badar, maka dia berjanji pada Allah bahawa, jika Allah memberikannya peluang untuk menyertai peperangan di masa akan datang, maka dia berjanji bahawa, Allah akan menyaksikan janjinya itu. Maka, bila mana peperangan Uhud berlaku, Anas tidak melepaskan peluang untuk menyertai peperangan itu. Dalam peperangan itu dia berjumpa dengan Saad Bin Muaz, Dia berkata kepada Saad, sesungguhnya, aku menghidu bau syurga di bukit Uhud, maka Anas terus bertempur sehingga syahid menjemput dirinya. Terdapat beratus-ratus kesan panah dan pedang di badan Anas sehinggakan hanya ibu saudaranya sahaja dapat mengecam mayat Anas melalui jari-jari Anas.

Begitulah cerita seorang sahabat yang terlalu obses dengan syurga, dia seorang yang menepati janjinya pada Allah. Cerita ini Allah pamerkan pada surah (33:23). Sungguh beruntung Anas kerana Allah menyebut tentang dirinya dalam Al-Quran. Mana tidaknya, kerana dia obses kepada syurga! Bahkan kita ini, obses kita terhadap syurga bukan seperti Anas, atau sahabat-sahabat lain. Tidakkah kita merasa cemburu dengan apa yang diperolehi Anas dan sahabat-sahabat Nabi yang lain?

Kita pula, apa yang kita obseskan? apa yang kita mahukan? Tepuk dada tanyalah iman kita. Moga kita menjadi seorang hamba Allah yang mampu menghalakan obsesinya kepada Tuhannya!

Saturday, October 8, 2011

Baca buku untuk D&T

Assalamualaikum....
Salam ukhuwwah, dakwah dan tarbiyyah untuk semua..
Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai setiap amalan dan perbuatan kita amiin..

Sekarang ini aku mendapati, cara aku membaca buku agak laju (terutamanya buku novel Abdul Latip Talib tu laju la) alhamdulillah, memang aku dulu susah untuk membaca buku, terutamanya buku dakwah, buku ruhiyah, buku tarbawiyyah, dan juga buku-buku lain, seperti ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Tapi kadang-kadang aku berfikir, bila aku baca laju, adakah aku dapat menghadamkan semuanya? Sebelum ini, aku lebih suka menulis nota untuk buku-buku yang aku baca dan cara ini menyebabkan aku lambat berpindah ke buku-buku yang lain. Bukan buku dakwah sahaja yang kena baca, buku perubatan pun kena baca (yelah, sebab doktor kan). Kadang-kadang perasaan risau menyelubungi diri, bimbang tidak dapat mempersiapkan diri selengkap yang mungkin untuk berjumpa dengan masyarakat kelak (sekarang ini jumpa dengan masyarakat, cuma masih dalam latihan).  

Bila mana seseorang itu mendakwa dirinya adalah daie, maka dirinya adalah tempat rujukan masyarakatnya, dialah tempat mengadu masyarakatnya, dialah menjadi tempat diadukan soalan-soalan, dialah itu, dialah ini! Tidak dapat tidak, setiap persoalan manusia akan menyinggahinya.

Aku teringat, wahyu yang pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W., surah Al-Alaq ayat 1-5. Bagaimana Allah mengajak nabi Muhammad S.A.W. dan kita semua untuk membaca, bila mana kita membaca kita dapat ilmu, bila kita dapat ilmu, kita hadam, kita keluarkan sebagai fikrah yang menggerakkan amal, dan kemudian kita sampaikan kepada orang lain pula ilmu itu untuk menjadi fikrah kepada dirinya pula.

Bagaimana Allah mengajar kita bahawa kita perlu berilmu, lagi-lagi kita ini mengaku diri kita daie maka kita perlu tahu dan faham ilmu. Dalam surah Al-Baqarah ayat 129 yang bermaksud " Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana." Ayat ini menyebut bahawa daie itu tanggungjawabnya membacakan, mengajarkan dan menyucikan mereka. Bagaimana kita dapat melakukan tugas-tugas kalau tidak ada ilmu.

Ilmu vs fikrah....
Apa perbezaan antara ilmu dan fikrah? Apa perkaitannya dengan dakwah dan tarbiyyah?
Ilmu itu statik, manakala fikrah ini menggerakkan, ilmu ini prosesnya tahu manakala fikrah prosesnya faham, tidak sama ilmu dan fikrah.

Dakwah kita ialah faham, bukan dakwah ilmu, kita juga perlu ilmu tetapi fikrah lagilah perlu kerana fikrah itu menggerakkan fikiran menggetarkan hati. Ya, Kita perlu ilmu dan juga fikrah dalam dakwah dan tarbiyyah, tetapi yang lebih penting adalah fikrah kerana itu yang menggerakkan dakwah dan tarbiyyah. Dakwah kita bukan lambakan fakta dan ilmu, tetapi dakwah kita ialah fikir, fikir dan fikir.

Ilmu atau fikrah apa yang perlu kita ada?
Syed Hawwa ada menggariskan sepuluh cabang ilmu yang perlu ada pada daie:

1) Ilmu Thalasah -Allah, Rasul, Islam
2) Ilmu Al-Quran
3) Ilmu Hadith dan Usul Hadis
4) Sirah Nabawiyah dan Sirah Umat Islam
5) Bahasa Arab
6) Syariah Islam, Aqidah dan Akhlak
7) Deislamisasi 
8) Islam Moden, Teknologi dan Hukum Semasa
9) Usul Fiqh dan Feqah
10) Fiqh dakwah dan Gerakan Islam
Ini baru dalam Bahasa Melayu, belum lagi Bahasa Arab  (yang ni wajib) dan Bahasa Inggeris!

Maka berusahalah untuk memenuhi hadis nabi " Talabul ilmi faridhatun ala kulli muslim"! Bagaimana nabi mengajak kita supaya menuntut ilmu itu wajib, kerana ada faedah yang kita akan dapat, ada kebaikan yang kita dapat daripada menuntut ilmu, sebab itu hukumnya adalah wajib.



Sekarang ini, aku sedang membaca novel Sultan Muhammad Al-Fateh karangan Abdul Latip Talib, moga selepas ini cepat-cepat habis buku ni dan berpindah buku lain pula, moga usaha ini Allah kira sebagai pemberat mizan ku di akhirat kelak dan menyumbang kepada kemajuan dan keperluan D&T kita amiin!

Monday, October 3, 2011

TT (Tumuhat Tarbiyyah)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua, salam dakwah dan tarbiyyah...

Tumuhat bermaksud-cita-cita atau keinginan atau keazaman yang sangat besar.



Minggu pertama tiba di Cairo dihabiskan dengan mengemas rumah, meeting, jumpa kakak-kakak hebat dan jumpa adik-adik hebat Sampai-sampai di Cairo, tanpa segan silu menumpang rumah Muntalaq, rumah adik-adik yang semuanya berjiwa tumuhat (Tumuhat tu nama rumah baru tau), mandi, makan, muayashah. Ada adik-adik Asrar sekali. Lambat tidur juga malam tu, walaupun diriku agak keletihan seusai duduk yang lama dalam penerbangan. Banyak yang sudah berlaku, ambil tahu apa yang berlaku, apa yang sedang terjadi, apa pula yang akan berlaku. Malu juga rasanya bila melihat adik-adik sangat semangat bercerita, malu aku sendiri (yeah, kakak pun kena semangat) dalam diri mereka ada jiwa yang membara, jiwa yang matang, yang mana tidak akan membiarkan seorang pun tidak mendengar tentang islam.

Berpindah ke rumah baru yang tidak mafrushah dan tidak digunakan selama 2 tahun membuatkan kami ahli-ahli tumuhat, perlu berkejar ke sana, ke mari, pergi kedai tu, beli karpet, pergi kedai ni beli tikar getah, pergi kedai tu, beli barang-barang plastik, pergi kedai ni, beli peti sejuk, pergi kedai sana, beli almari dapur, panggil pakcik tukang kayu untuk pasang almari, panggil pakcik tukang paip uruskan perpaipan mesin
basuh, panggil pakcik gas pasangkan paip sambung kepada sumber gas.Bila nak guna mesin basuh buat kali pertama di Tumuhat, penat nak menarik mesin supaya dekat dengan tempat sumber elektrik, sampai guna 2 adapter, akhir-akhir, guna 1 adapter, alhamdulillah, kemudian, bila nak masukkan air, mula-mula, alhamdulillah air dah masuk, tiba-tiba air tak berkumpul dalam mesin, asyik keluar je, dah risau nak buat macam mana ni, tak tahu, tiba-tiba si adik kata, "kak, memang mesin basuh kat Mesir ni macam ni, cuba angkat tiub yang untuk air keluar tu, letak tempat tinggi sikit". Alhamdulillah, air berkumpul dan mesin pun berfungsi. Bila dengar bunyi mesin sudah berhenti, alhamdulillah, semua orang dah boleh basuh baju kat Tumuhat, tak payah lagi nak mengusung plastik hitam besar ke Muntalaq atau Liya Safura. Subhanallah, alhamdulillah, setakat ini lebih kurang 90 % dah siap, alhamdulillah, ahli-ahli rumah Tumuhat,  fathiyyah, farah, maryam, mereka semua ringan tulang, tabah menguruskan rumah yang daripada bersepah-sepah dengan beg-beg dan kotak-kotak, kini telah menjadi rumah yang cantik, dan kemas ( 90%). Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakanku sahabat-sahabat yang berlapang dada dan sanggup bersusah-payah, pengorbanan mereka menguruskan rumah sepanjang ketiadaan aku amat menyentuh hati dan jiwa. Moga ikatan agama, dakwah dan tarbiyyah ini sentiasa berkekalan hingga ke syurga, amiin.

Berjumpa dengan kakak-kakak hebat ini menyebabkan aku perlu menyimpan tumuhat yang sangat besar.
Kakak cakap, " nanti jadi lebih hebat ya!". Takut dan semangat, dan bermacam-macam lagi perasaan, kakak, terima kasih (alamak dah nangis), jazakillahu khairan kathira, tiada apa yang boleh aku balas kepada kalian, melainkan Allah sendiri yang akan membalasNya untuk kalian. Diri kalian membuatkan aku banyak berfikir ( yang sebelum ni malas nak berfikir), bahawa untuk dakwah dan tarbiyyah ini, perlu banyak berfikir di luar kotak, perlu cepat buat kerja, tak boleh futur dah sebab dah takde masa untuk futur (yelah sebab nak healing lagi, kan ambil masa), dah tiada masa untuk berfikir sendiri-sendiri, sudah tiada masa! Selalu kita baca surah Al-Asr, tetapi kenapa tiada penghayatannya? Tagging kakak cantik dan kakak comel

Tahun lima tarbiyyah dan perubatan ku rasakan akan lebih mencabar, akan lebih banyak memerlukan sabar dan tabah. Allah cakap di (84:19), kita semakin bertambah usia, semakin bertambah tahap, semakin bertambahlah masuliyah kita. Banyak yang perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk memastikan "circle" dakwah dan tarbiyyah, berjalan dengan sempurna. Semakin ramai orang yang perlu diselamatkan, semakin ramai orang yang perlu dikejutkan, supaya semua orang sangat sedar dengan tanggungjawab (2:30) dan (51:56). Ya Allah thabatkan hati kami dalam perjuangan ini, kekalkanlah kami di jalan ini kerana kami memang memerlukan ini, tiada apa yang lebih baik melainkan melihat hak hakimiyah Allah di bumi ini, ya Allah mudahkanlah kami....dan sekarang perlu berjalan tanpa henti....


<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/9xxxowv-ffU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Friday, July 8, 2011

Ikhlas....

Assalamualaikum....


Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan di bawah rahmat Allah S.W.T.=)


Aku mulakan entry ini dengan kisah Saahibun Naqab (Pemilik Lubang ) yang ku baca di SINI dan aku rasakan bahawa cerita ini ada kaitan dengan diriku dan kita semua.


Pada masa itu, zaman Umayyah, zaman dimana setelah berlalunya zaman Sahabat Rasulullah, zaman Umayyah adalah zaman para Tabiin.Pada zaman ini berlakunya peperangan menentang musuh, dikhabarkan ketika itu pemimpin dari pihak islam ialah Maslamah Bin Abdul Malik.Situasi yang berlaku pada perang itu ialah tentera islam perlu menembusi sebuah benteng yang didalamnya terdapat beribu-ribu tentera musuh, maka muncullah seorang mujahid yang telah berjaya melubangi benteng berkenaan (tidak diceritakan bagaimana caranya). Lalu, apabila dia berjaya melubangi benteng tersebut maka berpusu-pusu tentera islam, melepasi benteng dan mneyerang tentera musuh. Di akhir peperangan, Maslamah Bin Abdul Malik memanggil tentera-tenteranya dan meminta sesiapa yang telah melubangkan benteng untuk berjumpa dengannya. Sampai ke malam, masih tiada sesiapa yang melapor diri kepadanya. Tiba-tiba seorang yang bertopeng datang berjumpa dengan Maslamah.


"Saya boleh bagi tahu siapa yang melubangi benteng itu, tetapi tuan perlu berjanji 3 perkara, yang pertama, jangan tanya siapa nama. Yang kedua, jangan dicatatkan dalam sejarah. Yang ketiga, jangan diberikan ganjaran apa-apa pun", kata pemuda itu..


"Baiklah, aku berjanji", kata Maslamah.


"Akulah orangnya", kata pemuda itu dan kemudiannya dia terus lari ke dalam kelompok tentera-tentera islam yang lain sehinggakan tidak dapat lagi mengesan pemuda yang berani itu.Semenjak dari itu, Maslamah, setiap kali selepas solat beliau berdoa supaya dapat bersama dengan pemuda itu.


Subhanallah, betapa lurusnya hati pemuda itu. Betapa jelasnya niatnya, tidak perlu dia kata,


" Aku ikhlas ni nak buat kerja ni,"


Sudah nampak keikhlasannya hatinya, sudah nampak ketulusan jiwanya. Hanya kerana Allah semata-mata, tiada niat yang lain, tiada riak dalam perbuatannya.Di mana lagi mahu kita cari hati-hati ini di zaman ini.













Ya, sesungguhnya, kemenangan dakwah sejak dari dahulu lagi adalah kerana keikhlasan para pendukungnya. Tidak hairanlah bagaimana suatu ketika dulu graf sejarah islam meningkat dan semakin meningkat sehingga mencapai 'Ustaziyatul Alam' atau 'World Order' seperti mana US ketika ini (tapi US pun sekarang dah down sejak Obama pegang, dah tiada apa-apa sangat, ekonomi pun merudum di US sekarang). Tak lain tak bukan ialah zaman Abbasiyah yang gilang-gemilang.


Allah berfirman dalam Quran:


'Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam" (6:162)


Kita selalu menyebut ayat ini dalam solat, dalam doa iftitah sebelum membaca Al-Fatihah. Bagi kita kadang-kadang, disebabkan kita sudah terbiasa membacakan doa ini, menyebabkan kita rasa kurang untuk menghayati maksudnya, kita terlupa, bahawa di sebalik perkataan ini, ada taklifat yang tersembunyi, ada maksud yang tersirat, ada janji yang perlu dipenuhi, ya, inilah janji kepada Allah.


Kalau dilihat semula ayat ini, kita fikir semula, solatku kerana Allah?


1. Bila dengar azan sahaja, menunda-nunda, kalau tengah baca buku, "sekejap lagi satu page lagi ni", kalau tengah menonton tv "tunggu jap, lagi sikit nak habis ni, sedih cerita ni"-adakah ini yang kita maksudkan solat kerana Allah?


2. Solat yang khusyuk bermula dari wudhu' yang sempurna, bila mana masa wudhu' pun boleh main-main, mana mungkin boleh dapat solat yang khusyuk, mana mungkin boleh dikategorikan sebagai solatku kerana Allah.


3. Semasa solat, masa-masa inilah "Eh, rupanya duit tu kat bawah bantallah, aku lupa tadi", "Ya Allah, kunci kat dalam laci rupanya"-adakah ini yang kita katakan solatku kerana Allah.


4. Selepas solat, "Jom sambung tengok movie ni-ni...cerita korea nu-nu" Sepatutnya, solat kita mengajar kita, menjauhkan kita daripada perbuatan keji dan mungkar (29:45). Tak mahulah kita mendapat gelaran di sini:


"Maka celakalah orang yang solat. Yaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya" (107:4-5)


Ini baru bahagian solat, belum lagi bahagian-bahagian lain lagi. Kalau sentuh bab ibadah pula, kita tahu yang ibadah itu meliputi semua perkara, hatta perkara yang biasa kita lakukan setiap hari seperti mandi, makan, buang air, apatah lagi pergi kuliah, berjumpa kawan-kawan, baca Quran, itu semua ibadah, dengan syarat, niat kerana Allah. Kerana sesuatu perkara yang besar, tanpa niat kerana Allah boleh menjadi kecil nilainya, dan sesuatu perkara yang kecil dengan niat kerana Allah boleh jadi besar nilainya.




Manakala, bagi syarat penerimaan ibadah ialah, Iman, Ikhlas dan Ittiba' (mengikut syarat). Ini semua adalah kunci kepada penerimaan ibadah.


1-Tidak boleh diterima amalan seseorang melainkan dia beriman kepada Allah (16:97)
2-Ikhlas perlu ada dalam setiap amalan kita. Allah Ta’ala berfirman dalam hadits Qudsi : “Aku adalah yang paling tidak memerlukan penyekutuan, barang siapa mengamalkan suatu amalan yang dia menyekutukan selainKu di dalamnya bersamaKu, maka Aku tinggalkan dia dan penyekutuannya.” Ya Allah, bagaimana amalan kita ini....
3-Ittiba' iaitu mengikut syariat yang telah ditetapkan, perlu ada. RasulullahShalallahu alahi wassalam bersabda : “Barangsiapa yang mengada-ada dalam urusan kami ini apa yang bukan (bagian) darinya, maka ia ditolak.” (HR. Muslim). 


Sejauh manakah ikhlas itu sebati dalam diri kita, sejauh mana ikhlas itu bersenyawa dengan jasad kita, sejauh mana ikhlas seorama dengan degupan jantung dan tarikan nafas kita...Ya Allah, perlu muhasabah selalu ni...


Bila mana ikhlas itu sudah sebati, apa-apa yang datang pada diri kita, kita akan lebih kuat untuk hadapinya. Seperti mana Allah berfirman:


'Ia Iblis berkata,"Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka" (15:39-40)


Bila mana kita tiada ikhlas di hati, maka, terkeluarlah dari mulut kita, keluhan, rintihan, kepenatan, rungutan. Kerana kita tidak biasa ikhlas, maka segala benda menjadi berat, ujian yang sedikit dikata sukar...


Apatah lagi kalau masalah ini terjadi dalam kalangan daie-daie baru masa kini, ya, kita mahu menyambung rantai-rantai perjuangan nabi, tetapi, bila mana ikhlas kurang di hati, maka segala perancangan dakwah lingkup separuh jalan, terbengkalai tidak bersambung, dek kerana mehnah yang tidaklah sebesar seperti mana yang nabi dan para sahabat telah lalui, malah perjalanan mereka lebih memenatkan.


Daie masa kini, tidak boleh bersifat demikian, marilah kembal, menyusuri kehidupan orang-orang terdahulu, belajar dari mereka bagaimana mereka mampu membawa dakwah terbang tinggi menjulang ke angkasa. 


Apa yang aku boleh simpulkan di sini, untuk memupuk ikhlas ini:


1- Kita perlu buat perancangan, sehari, perlu diatur, apa yang perlu dibuat, supaya kita tahu kalau seharian itu, mana masa kosong, mana masa sibuk, mana masa berehat, supaya kita sudah 'set mind', inilah ibadah kita pada Allah, dan kemudian kita banyakkan buat perkara yang baik (takkan perkara yang jahat nak niat kerana Allah juga-tengok cerita korea, bismillahirrahmanirrahim???), supaya kita nanti sudah terbiasa, dingatkan di awal perkara kebaikan perlu niat kerana Allah.
2. Jangan lupa berdoa pada Allah. Doa supaya Allah sentiasa ingatkan kita untuk ikhlas, doa supaya Allah mudahan kita ntuk hadirkan ikhlas di setiap perbuatan, doa supaya Allah menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang mukhlisun-Allahummarzuqnal ikhlas 3X.


Wassalam.