Wednesday, October 2, 2013

Koreksi Bait Muslim

Terucap syukurku
Aku memilihmu
Tuk menjadi teman
Hidup setia selamanya
Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu
Mengikat janji bahagia
Dan belayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia
Ku dipertemukan belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurgaMu
Pegang tanganku
Tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku
Belahan hati ini
Selalukan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh kasih sayang
Dan rahmatNya
Kau pembimbingku
Suamiku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku
(In-Team)

Di malam majlis sebelum pernikahan esoknya, seorang makcik membisikkan di telingaku, "Nanti, banyak-banyak bersabar ya!". Makcik hadir bersama keluarganya, menyempatkan diri seketika sebelum memenuhi jemputan walimah di Johor. Malam itu mereka terus ke Johor, setelah menghadiri majlisku.

Keesokan harinya, selepas selesai ijab dan qabul, dan kami sudah menjadi penyatuan halal, seorang makcik juga membisikkan perkara yang sama kepadaku dan zauj. Pada mulanya, dia membisikkan kepada zaujku dan kemudiannya kepadaku. "Sakinah, kunci pertama adalah sabar, kamu berdua tak kenal masing-masingkan?", makcik pesan, bersungguh. "InsyaAllah makcik!", kata-katanya menusuk hati.

Di majlis menyambut menantu di Meru, sebelah zaujku, makcik yang sama juga berpesan, tetapi kali ini dia berpesa kepada kami serentak. "Syamil dan Sakinah, kunci yang kedua ialah, menerima apa sahaja yang ada pada pasangan kita, dan sentiasa memerhatikan yang baik-baik darinya, jangan terlalu memikirkan yang buruk-buruk sahaja".

Sebulan lebih bernikah, moga Allah berkati kita sentiasa.

Di suatu malam, zauj mengajakku menetapkan beberapa niat, tujuan kami bernikah, dan kesemuanya ada lima. Yang pertama, kita kahwin kerana Allah, kerana mahu kejar redha Allah SWT. Yang kedua, kita kahwin kerana untuk mendukung antara satu sama lain dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Yang ketiga, untuk menyempurnakan sebahagian lagi agama. Yang keempat, mengikuti sunnah Rasulullah SAW dengan bernikah. Yang kelima, untuk zuriat, peneman dan penyambung gagasan dakwah dan tarbiyah. Rupanya, sungguh banyak niat yang perlu dipadukan bersama hati, supaya ghayah kita tidak lari.

Merasakan bahawa sungguh cepat Allah memberi rezeki.Walaupun bagi kita rasakan ianya cepat, tetapi bagi Allah itulah masa dan keadaan yang sesuai untuk kita mengetahuinya dan memberi komitmen padanya.

Adakah betul dengan bernikah, ianya akan melajukan dakwah dan tarbiyah? Mungkin ianya masih terlalu awal untuk diukur dengan hanya sebulan lebih. Mungkin juga kecemerlangan sebulan lebih itu memberikan impak yang berganda di masa hadapan pula. Masing-masing tahu dan perlu muhasabah bersama. Sebab itu penting niat awal untuk hidup berasama perlu sentiasa dipateri.

Betapa ramai ikhwah akhawat yang dikenali, walaupun masih 'single' tetapi sungguh thabat dalam mencurahkan amal dakwahnya. Malu jika dikatakan bait muslim itu mampu mengembangkan dakwah dan tarbiyah, namun tidak dapat dibuktikan oleh kita-kita yang sudah ini.

Kakak pernah menyuarakan, "Kita tak pernah bercinta Kinah, maka semestinya kita rasa seronok di awal bernikah". Nikmatnya pacaran setelah bernikah.
Jangan sampai keseronokan itu menghapuskan seluruh niat bait muslim kita. Sudah-sudah berperasaan demikian, sudah tiba masanya kita bersungguh dalam apa yang diniatkan.

Allah, ahlan, datangkanlah sakinah, mawaddah dan rahmah kepada kami. Sentiasa menunjukkan kami jalan sebenar perjuangan. Amiin.




2 comments:

  1. salam akak, saya sekarang ini di dalam fatrah taaruf dan in sya ALLAH akan bernikah tahun hadapan bulan 8..

    akk ada apa2 nasihat dan tunjuk ajar pada saya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Tahniah, mubarak alaikuma :) Semoga Allah mudahkan segala urusannya.

    Berkenaan soalan adik ini, diri ini pun masih bertatih hidup di fasa bait muslim. InsyaAllah membantu setakat yang mampu.

    Di fasa taaruf (berkenalan), atau fasa pertunangan ini, biasanya yang berlaku adalah sukar atau kurang untuk menjaga hati dan perasaan. Mungkin timbul perasaan merasakan bahawa pasangannya itu adalah 'confirm' bagi dia maka kita bolehlah berlebihan dalam perhubungan. Misal kata, perhubungan itu biasanya adalah berkisar tentang urusan majlis sahaja, tetapi melanjut kepada perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Ataupun kerap memikirkan, bermain perasaan sehingga pekerjaan yang sepatutnya dilakukan terbengkalai dan sebagainya.


    Cadangannya, untuk mengelakkan perkara demikian, banyakkan membuat persiapan diri:

    1- Membaca buku tentang bait muslim atau apa-apa tentang perkahwinan, supaya kita pun jelas tentang ilmu rumahtangga.

    2- Membaca Al-Quran, berqiamullail, banyakkan sedekah. Buatlah mutabaah amal (senarai amal2) sebagai persediaan untuk memasuki fasa baru. Berusaha mendatangkan cinta kepada pemilik cinta Allah SWT dahulu, kemudian baru Allah datangkan cinta kedalam hati manusia InsyaAllah perkara-perkara ini pun janganlah hanya takat pernikahan sahaja, bersama-sama dengan pasangan lakukannya bersama.

    3-Dan yang paling penting sekali, jika mainan perasaan itu kuat dalam diri, sentiasa betulkan niat, berkahwin kerana Allah SWT. Niat yang paling 'valid' untuk Bait Muslim adalah kerana Allah SWT.

    Wallahua'lam. :)

    ReplyDelete