Sudah lama tak update. Umar
tenat, ‘charger’ nya sihat tetapi dirinya tak mahu di’charge’. Wallahua’lam
bila dapat disembuhkan. Moga Allah berikan masa kepadaku untuk memberikan Umar
peluang untuk terus hidup dan berkhidmat. Maka terpaksalah meminjam kepunyaan
si teman bilik.
Dia, esok adalah hari yang
menggembirakan untuk dirinya. Hari yang diberkati Allah. Sangat Allah
menyukainya, kerana terbina lagi rumahtangga muslim. Kerana akan ada lagi
tayyibin dan tayyibat yang memilih jalan yang suci untuk bersama. Kerana hati
mereka tulus dan ikhlas, memilih jalan ini kerana agama.
Dan ramai lagi yang akan
mendoakan mereka. Ibu bapa yang telah mentarbiyah dari kecil hingga dewasa.
Antara yang akan paling gembira sekali. Kerana anak-anak yang ditimang dari kecil,
mula melangkahi jalan-jalan kedewasaan berdua. Bersama pasangannya. Yang soleh,
yang solehah.
Dan juga teman-teman serumah yang
mungkin sudah beberapa ketika telah bersama. Di Rumah Islam bersama-sama
mentarbiyah diri, individu muslim diperkasa, dibentuk, memantapkan lagi
peribadinya.
Dan juga rakan-rakan usrahnya,
turut mendoakan yang terbaik buatnya. Dalam usrah, juga membina diri, menjadi
manusia yang berguna untuk diri dan orang di sekeliling. Tempat mengalirkan
mata, tempat mencurah rahsia hati, duka dan senang berkongsi. Kerana ukhuwah
itu menguji dan menenangkan hati.
Aku,
tak silap, kita mengenali bersama, lewat kamu hadir dalam hidupku sekitar aku
di tahun 3. Rasanyalah. Tak silapku. Semasa bekerja di medan sana. Bersama-sama
denganmu. Kita bangunkan ummah ini di tempat baru.
Aku cuma teringat satu soalan kamu padaku,
sungguh aku pasti aku takkan pernah lupakan soalan ini (err...melainkan kalau
Allah mahu aku lupakannya). Ketika itu kita masak sama-sama di dapur, buat
‘scramble egg’ sama-sama, untuk diisi perut oleh sekian ramai adik-adik, di
pagi hari setelah mabit (kalau aku salah betulkan ya).
“Kinah, Nad tak pernah lihat
Kinah ni marah.”. Waduh, apakah soalan ini. Kalau kamu hidup bersamaku sudah
tentu tahu aku juga ada marahnya. Ada masanya. Ku tak ingat apa jawapanku
kepada kamu. (Cuma ingat soalan, tak ingat pula jawapannya).
Cumanya, aku mahu beritahu pada
kamu bahawa, ana uhibbukifillah, abadan abada. Walaupun aku sudah tidak lagi
kerja di situ, tetapi bila aku nampak diri kamu dalam program kita, ianya satu
kerinduan yang amat. Bersalam dan memeluk, rindu yang amat rindu.
Aku tuliskan juga sedikit tentang
keberkatan, sempena peristiwa penting , untuk kamu dan untuk bakal zaujmu
(sebelum ini itu ayat sendiri, tapi ayat ini lagi makhsyuk J
‘Berkat itu dalam keadaan apa
juga membawa kebahagiaan. Ada cetusan kegembiraan dalam hati, kelapangan di
dada, kejernihan pada akal, dan rasa nikmat pada jasad. Berkat itu memberikan
suasana yang lain dan mencurahkan keceriaan musim bunga walau apa juga masalah
yang sedang melanda rumah tangga. Berkat itu membawakan senyuman meskipun air
mata meniti-nitik. Berkat itu menusuk rasa rindu di tengah-tengah kejengkelan.
Berkat itu memberikan kelapangan dan belaian lembut pada saat dada sesak dengan
masalah’
Moga barakah Allah sentiasa
bersama antuma, sehinggalah ke akhirnya. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma
wa jama’a bainakuma fikhair J